BATU CAVES: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang meneliti untuk meningkatkan penguatkuasaan dan hukuman undang-undang ke atas individu yang membuang sampah di sungai.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sehubungan itu beberapa akta berkaitan sudahpun dipinda dan sebahagiannya masih dalam proses pemindaan yang melibatkan peningkatan tempoh hukuman penjara serta jumlah denda.
"Jadi kita tengah tengok bagaimana untuk meningkatkan penguatkuasaan supaya orang akan rasa gerun untuk membuang sampah di kawasan-kawasan sungai.
"Ada beberapa akta sudah dan dalam proses pinda sama ada (tempoh hukuman) penjara atau (jumlah) denda," katanya kepada pemberita selepas meninjau isu pembuangan sampah di Pasar Borong Selayang, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi memberitahu, sejumlah RM8.2 juta dibelanjakan kerajaan untuk penyelenggaraan sampah di dalam sungai di Kuala Lumpur dan Selangor untuk sembilan bulan pertama tahun ini.
Dari jumlah itu katanya, RM166,320 dibelanjakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sampah di struktur log boom di kolam takungan banjir Jinjang dan RM150,000 setahun untuk penyelenggaraan sampah anak Sungai Udang.
Menurut beliau, kos penyenggaraan itu dapat dikurangkan sekiranya isu pembuangan sampah ini dapat diatasi bersama bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar dan risiko berlakunya banjir.
"Berdasarkan rekod kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan, jumlah kutipan sampah di sekitar kolam takungan banjir Jinjang pada tahun 2021 adalah sebanyak 60 tan, manakala 59 tan telah direkodkan pada tahun 2022 dan 36 tan bagi 2023 sehingga September lalu," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Mon Nov 06 2023
Nik Nazmi berkata, kerajaan sedang meneliti untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang ke atas mana-mana individu yang membuang sampah di sungai. - Foto fail/BERNAMA
Belasungkawa: Legenda muzik Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Pekerja diseru sertai kesatuan sekerja, pastikan nasib terbela - Sim
Semua pekerja diseru menyertai kesatuan sekerja bagi memastikan nasib mereka lebih diperkasakan dan terbela.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
Amaran ribut petir di sembilan negeri, Putrajaya dan Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 6 petang ini.
Sungai tidak dibersihkan antara sebab banjir - Anyi Ngau
Ahli Parlimen Baram berkata antara sebab banjir kawasan sungai di Baram tidak dibersihkan dan diselenggara. “Saya mohon supaya kawasan sungai di Baram dapat dilawati dan dipertimbangkan untuk dibersihkan untuk kebaikan semua” Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Petugas universiti parah dihempap pokok
Seorang petugas wanita sebuah universiti tempatan cedera parah di kepala selepas dihempap pokok di Bukit Kemuning, Kijal, kira-kira 9 pagi tadi.
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad Twelve 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Komposer lagu 'Kau Pergi Jua' Othman Mohamed meninggal dunia
Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi lagu Kau Pergi Jua, Allahyarham Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
“Maklumlah sikit kata kami nak melalui Bukit Kayu Hitam” - Dr. Ku
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata kerajaan melancarkan Malaysia-Thailand Self-Drive Tourism di Bukit Kayu Hitam, Kedah. “Setiap inisiatif yang dilakukan di kawasan akan maklumkan secara bertulis” Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Denda, penjara lebih lama untuk kesalahan buang sampah dalam sungai - Menteri
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang meneliti untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang ke atas mana-mana individu yang membuang sampah di sungai.
Polis ambil keterangan lelaki buang sampah dalam sungai
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Bandar Pontian, kira-kira jam 7 malam semalam, selepas lima jam usaha mencarinya dijalankan.