Seorang anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kredibiliti Majlis Peguam yang didakwa lebih banyak melakukan tindakan membelakangi undang-undang.
Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) mempersoal tindakan Majlis Peguam yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 1 April lepas, susulan polis ingin merakam kenyataan empat anggotanya.
"Majlis Peguam sebagai badan yang mempunyai kredibiliti dan profesional dalam perihal berkaitan undang-undang, kenapa mengeluarkan surat pekeliling untuk mengadakan demonstrasi di depan Bukit Aman?
"Ini sudah membelakangi undang-undang," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Profesion Undang-undang (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat di sini.
Noh berkata Majlis Peguam seharusnya tidak mengamalkan budaya demonstrasi yang sering dilakukan oleh pembangkang, sebaliknya mengikut prosedur dan garis panduan dalam bidang perundangan.
"Saya minta pindaan (rang undang-undang) dibuat secara menyeluruh kerana kita lihat hari ini, Majlis Peguam dilihat seperti cakap tidak serupa bikin sama macam pembangkang, menjadi jurucakap kepada pembangkang, tidak menghormati undang-undang dan hanya memberi keadilan pembelaan kepada seseorang yang mereka melihat menjadi pemimpin kepada mereka," katanya.
Kenyataan Noh itu, bagaimanapun mendapat tentangan N. Surendran (PKR-Padang Serai) yang menegaskan bahawa Majlis Peguam sebagai satu badan yang sepatutnya dibanggakan kerana ia dipandang tinggi oleh badan perundangan antarabangsa sejak dahulu.
"Majlis Peguam dikenali sebagai satu badan yang berani, berdiri atas prinsip dan selalu menyoal di mana ada ketidakadilan ataupun percanggahan kepada hak asasi dan sebagainya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita perlu bangga dengan Majlis Peguam, bukan mengkritik mereka," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri ketika menggulung perbahasan RUU itu, berkata pindaan RUU tersebut bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan akta demi menjaga kepentingan mana-mana individu, tetapi menjaga kepentingan badan peguam dan seluruh anggotanya.
"Kita janganlah menganggap Majlis Peguam sebagai musuh, kalau Yang Berhormat tanya dengan ahli Majlis Peguam tentang bagaimana saya bekerja rapat dengan Majlis Peguam, kerana kerjasama antara kita boleh membantu.
"Jadi kita tidak melihat dari segi mengkritik, bagi saya sendiri, saya berinteraksi dengan Majlis Peguam, tidak pun terlintas memikirkan mereka adalah musuh kita," katanya.
RUU itu antaranya memperuntukkan mana-mana peguam bela dan peguam cara yang telah diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara dan menjalankan amalan di Semenanjung, adalah tertakluk kepada apa-apa tindakan tatatertib oleh Lembaga Tatatertib sekiranya mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan di bawah akta itu bagi menjaga integriti profesion peguam.
Lembaga Tatatertib yang ditubuhkan di bawah Seksyen 93 Akta 166 mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, antaranya menggantung mana-mana peguam bela dan peguam cara yang terlibat dengan kesalahan salah laku daripada menjalankan amalan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi lima tahun.
Rang undang-undang itu kemudian diluluskan.
Bernama
Wed Apr 06 2016
NOH: Majlis Peguam seharusnya tidak mengamalkan budaya demonstrasi yang sering dilakukan oleh pembangkang, sebaliknya mengikut prosedur dan garis panduan dalam bidang perundangan.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Demonstrasi Bukit Aman: Noh Omar persoal tindakan Majlis Peguam
Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan Majlis Peguam yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 1 April lepas, susulan polis ingin merakam kenyataan empat anggotanya.