ALOR SETAR: Setiap tahun, bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini tidak pernah sunyi daripada menerima kunjungan orang ramai.
Kesesakan sentiasa dilihat berlalu kerana orang ramai yang tidak sempat memasak akan mengunjungi bazar berkenaan untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
Antara gerai yang sering menjadi tumpuan ramai di bulan puasa ialah gerai menjual martabak.
Kerana sudah terbukti keenakannya, gerai ‘Murtabak Rose’ yang diusahakan Abdul Hazani Ismail, 44, cukup dikenali ramai.
Masakan tidak, resepi ‘Murtabak Rose’ itu mula diperkenalkan oleh bapanya pada 1970 dan sehingga kini sudah 52 tahun rasa yang sama masih dikekalkan oleh Abdul Hazani yang mewarisi perniagaan itu.
“Martabak isi ayam dan daging di gerai in padat serta dicampur rempah ratus dan ramuan tradisi turun temurun menjadikan ia kegemaran orang ramai.
"Dengan harga RM5 setiap hari saya mampu menjual antara 600 biji martabak dalam tempoh tidak sampai dua jam," kata Abdul Hazani ketika ditemui di sini, hari ini.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Sepanjang bulan Ramadan, gerai ‘Murtabak Rose’ Abdul Hazani di bazar berkenaan akan memulakan operasi pada pukul 3.30 petang
Katanya, sebelum ini penggemar ‘Murtabak Rose’ boleh mendapatkan di gerainya yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim namun sejak ditutup, orang ramai hanya boleh membelinya pada bulan puasa sahaja.
Selain di Bazar Stadium Darul Aman, dia turut membuka cawangan di bazar Taman PKNK.
Sementara itu bagi pelanggan, Norisa Ahmad Kamal, 37, berkata, sejak merasai keenakan ‘Murtabak Rose’ sejak 15 tahun lalu dia tidak pernah ketinggalan untuk mendapatkannya setiap hari.
“Setiap hari selepas saya berniaga saya akan datang awal ke bazar ini untuk membelinya.
“Suasana beratur panjang tidak jadi masalah janji saya dapat pulang membawa ‘Murtabak Rose’ sebagai juadah sampingan ketika berbuka puasa,” katanya.
Bagi Ahmad Shuid Ramli, 46, pula, ‘Murtabak Rose’ sudah terbukti enak lantaran pengusahanya masih mengekalkan resepi yang sama sejak tahun 1970.
"Rasanya sedap dan lain dari yang lain berbanding murtabak lain menyebabkan ia menjadi kegemaran saya dan anak-anak,” katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Apr 23 2022
Resepi martabak di gerai 'Murtabak Rose' di bazar Ramadan Stadium Darul Aman yang berusia 52 tahun masih dikekalkan oleh pengusahanya, Abdul Hazani Ismail. - Gambar Astro AWANI
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Kerajaan Negeri diminta pelihara kubu perang di Kelantan
Kerajaan Kelantan dan pihak berkaitan diminta memelihara khazanah sejarah kubu perang tinggalan British di tepi tebing Sungai Kelantan.
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Demi martabak, beratur panjang tak ada hal!
Antara juadah paling popular di bazar Ramadan setiap tahun ialah martabak yang sangat digemari ramai.
Suami isteri jual martabak COD cari pendapatan ketika PKP
Sebelum PKP ini Nazarudin bekerja di sebuah kedai makan di Alor Setar susulan perintah kawalan membendung penularan wabak COVID-19 dia dan isteri tiada mata pencarian.