KUALA LUMPUR: Delegasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hadir bagi mengikuti sesi pendengaran pendapat nasihat (advisory opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin, menghujahkan isu pendudukan haram Israel di Palestin.
Presiden Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam catatan di Facebook berkata, seramai sembilan orang dari GSPP dibenarkan masuk menghadiri pendengaran berkenaan.
Katanya, hanya 10 individu sahaja yang dibenarkan masuk, termasuk seorang dari United Kingdom.
Ujarnya lagi, dalam pendengaran tersebut dihujahkan antara lain berkenaan rejim Zionis yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.
"Dalam undang-undang antarabangsa sesuatu pendudukan adalah bersifat sementara tetapi rejim Zionis mahukan pendudukan itu bersifat kekal.
"Pendudukan bersifat kekal ada 'annexation' atau penjajahan yang perlu dihentikan dengan segera. Juga dihujahkan, rejim Zionis tersebut inginkan geografi Palestin tetapi menolak demografinya.
"Sejarah pendudukan rejim Zionis juga dipamerkan bagi menunjukkan kerakusan rejim tersebut menduduki Palestin secara haram dari tahun 40-an lagi," katanya.
Selain Zainul Rijal yang mengetuai delegasi, peguam lain dari Malaysia ialah Muhamad Hisham Marzuki, Muhammad Hariz Md Yusoff, Danial Farhan Zainul Rijal dan Muhammad Aiman Muhammad Luthfi Amir dari Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Turut menyertai delegasi ialah wakil I-Qanun iaitu Mod Redza Khazali, Ramadan al Din Azlan Khalili, Siti Nazatul Murnirah Mahadzir dan Farzanah Selamat.
Pendengaran selama tiga jam tersebut menampilkan tujuh orang pembentang di hadapan 15 orang hakim.
Selain itu, Zainul Rijal berkata, selepas sesi berkenaan, mereka disambut ratusan orang ramai yang menunggu di luar mahkamah dan berterima kasih atas pengorbanan Malaysia menyokong Palestin.
"Mereka terharu dengan delegasi Malaysia yang sanggup datang dari jauh untuk menzahirkan sokongan.
"Malah, delegasi GSPP adalah satu-satunya badan bukan kerajaan yang dibenarkan menghadiri perbicaraan tersebut," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pada 21 Feb ini, beberapa negara akan memulakan kenyataan berhubung isu pendudukan rejim Zionis ini dan Malaysia dijangka memberi kenyataan pada 22 Feb sementara ICJ dijangka membuat keputusan pada 26 Feb.
ICJ di The Hague mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Sesi yang berlangsung selama enam hari dari 19 hingga 26 Feb itu diadakan susulan permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperoleh nasihat daripada ICJ mengenai kesan pendudukan Israel yang berterusan selama lebih 57 tahun.
Astro Awani
Tue Feb 20 2024
![Delegasi GSPP hadir sesi pendengaran pendapat nasihat berhubung isu Palestin di ICJ Delegasi GSPP hadir sesi pendengaran pendapat nasihat berhubung isu Palestin di ICJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708403140_TBicjpalestinGSP.jpg)
Kesemua delegasi GSPP, PPMM dan I-Qanun seramai sembilan orang dibenarkan masuk bagi mengikuti pendengaran di ICJ, The Hague, pada 19 Feb 2024. - Foto Facebook Zainul Rijal
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Delegasi GSPP hadir sesi pendengaran pendapat nasihat berhubung isu Palestin di ICJ Delegasi GSPP hadir sesi pendengaran pendapat nasihat berhubung isu Palestin di ICJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708403140_TBicjpalestinGSP.jpg)
Delegasi GSPP hadir sesi pendengaran pendapat nasihat berhubung isu Palestin di ICJ
Zainul Rijal berkata, seramai sembilan orang dari GSPP dibenarkan masuk menghadiri pendengaran berkenaan.
![Bimbang enakmen jenayah syariah negeri dicabar, kerajaan disaran pinda Perlembagaan Bimbang enakmen jenayah syariah negeri dicabar, kerajaan disaran pinda Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614609961_courtgavelmahkam.jpg)
Bimbang enakmen jenayah syariah negeri dicabar, kerajaan disaran pinda Perlembagaan
Undang-undang jenayah syariah negeri tetap tidak sah jika menyentuh perkara dalam Senarai Persekutuan terutama yang membabitkan perkara dalam undang-undang jenayah.
![Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571188087_TBMUJAHID.jpg)
Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid
Beliau berkata, antara aspek yang turut merangkumi kepada penggubalan dasar berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi serta demokrasi Parlimen.
![KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571181817_KPMdebat.jpg)
KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.
![Karpal: Batalkan pendaftaran parti politik berasaskan kaum, agama Karpal: Batalkan pendaftaran parti politik berasaskan kaum, agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361090033_295x200.jpg)
Karpal: Batalkan pendaftaran parti politik berasaskan kaum, agama
Semua rakyat sepatutnya boleh sertai mana-mana parti politik atau persatuan tanpa mengira batasan kaum dan agama, kata Karpal Singh.