KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sebarang defisit keyakinan yang wujud terhadap keupayaan negara perlu segera ditangani bagi membolehkan negara bangkit semula di persada dunia.
Bagi merealisasikan perkara itu, Seri Paduka bertitah negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil selain didukung oleh sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang cekap, telus, berintegriti, mesra perniagaan dan mesra rakyat.
"Demi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan negara sebagai pilihan pelaburan utama di rantau ini, menuntut persefahaman dan pengorbanan semua pihak untuk mewujudkan landskap politik yang stabil dan berterusan.
"Beta benar-benar berharap agar segala percaturan politik dapat diselesaikan segera demi untuk mengelak negara dari terjerumus ke kancah 'defisit keyakinan' yang boleh menjejaskan imej dan masa hadapan negara," titah Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur berhubung prestasi negara pada tahun lepas yang telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang semakin baik.
BACA: 1,021 terima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Agong
Seri Paduka bertitah perkara itu dicapai melalui strategi pengurusan kesihatan yang berkesan dan persefahaman politik sekali gus negara boleh kembali mengorak langkah untuk menjayakan agenda pembangunan.
"Situasi COVID-19 juga telah semakin pulih. Negara kini telah memasuki ke fasa peralihan ke endemik, beta merasa amat sukacita melihat rakyat beta daripada berbilang bangsa dan agama lebih positif dalam menjalani kehidupan seharian," titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka turut menyambut baik pembukaan semula sempadan negara bermula pada 1 April lepas yang dilihat mampu untuk menjana dan memulihkan semula ekonomi negara.
"Langkah ini diambil setelah kerajaan beta mengimbangi strategi pengurusan kesihatan, berbanding dengan pemulihan semula ekonomi negara yang terjejas sebelum ini," titah Yang di-Pertuan Agong.
Al-Sultan Abdullah bertitah bagi memastikan kelangsungan dan ketahanan ekonomi pasca pandemik COVID-19, kerajaan harus terus bijak mengatur langkah dan mengambil peluang dengan meneroka pelbagai strategi baharu yang berinovatif.
Bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022. Seramai 45 individu menerima pingat dan darjah kebesaran masing-masing pada istiadat pengurniaan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.
AWANI Ringkas: Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis sahkan penemuan rangka manusia rentung dalam kenderaan terbakar
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan tanah perkuburan Batu Tiga, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini.

Lima kes kusta ditemukan di Selangor - Pengarah JKNS
Selangor merekodkan lima kes kusta setakat 20 Feb lepas, di lima daerah dengan tiada kematian dilaporkan.

Sebutir lagi bom lama ditemukan di Kinarut
Sebutir lagi bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dan masih aktif ditemukan di lokasi sama di tapak pembinaan berdekatan sebuah kilang di Kinarut pagi tadi.

Tiada kes kusta direkodkan dalam kalangan Orang Asli di Melaka
Situasi penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Melaka terkawal dan tiada kes direkodkan setakat ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Consider This: Gig Workers Bill (Part 2) — Is Malaysia Getting It Right?
The government is set to table the Gig Workers Bill during this session of Parliament. The Bill aims to define gig work, regulate income structures, and introduce social protections—measures the government says will uphold the welfare and rights of workers in the gig economy. So will this Bill truly empower gig workers, or might it leave them in a grey area between independence and vulnerability? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Jose Rizal, Chief Activist of Gabungan eHailing Malaysia, Chair of Koperasi GIG Malaysia,

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.