Deepavali atau pesta cahaya hari ini disambut secara sederhana oleh penganut agama Hindu di seluruh negara.
Perayaan yang disambut bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan itu juga mengekalkan semangat muhibah dan keharmonian rakyat berbilang kaum menerusi tradisi rumah terbuka.
Namun, di sebalik kemeriahan itu, rasa prihatin dan hormat terhadap mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi(ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor baru-baru ini tetap dirasai.
Malah, sambutan dan penganjuran rumah terbuka peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur dan sambutan peringkat negeri Johor turut dibatalkan sebagai menghormati insiden menyayat hati itu yang mengorbankan nyawa enam pesakit, termasuk tiga pesakit berbangsa India.
Di KUALA LUMPUR, ritual keagamaan dan tradisi sambutan tetap diteruskan dengan penganut agama Hindu berkunjung ke kuil seluruh negara sejak awal pagi, sebelum saling kunjung-mengunjungi saudara-mara dan rakan.
Tinjauan Bernama di kuil Sri Subramaniyar Swamy, Batu Caves mendapati pelancong asing juga tidak melepaskan peluang meraikan perayaan itu di samping menikmati aneka juadah yang dijual peniaga di kawasan terbabit.
Bagi Percey Shelley, 33, dari United Kingdom, kunjungannya kali kedua ke negara ini lebih bermakna apabila dapat menyertai kemeriahan warna-warni sambutan Deepavali.
"Ia satu pengalaman yang menakjubkan untuk melihat sambutan yang begitu hebat dan penuh warna warni seperti ini. Tak perlu disebut tentang layanan diberikan penduduk tempatan.. memang baik dan saya berasa diraikan di sini," katanya.
Dalam pada itu, suasana di Kuil Sri Ayyanareeswarar, Setapak, penganut agama Hindu mula tiba seawal 7 pagi bagi upacara sembahyang dan memperingati anggota keluarga yang telah meninggal dunia.
Seorang pelajar universiti tempatan, P. Dineshwaran, 27, yang mengunjungi kuil tersebut bersama rakan-rakannya berkata persiapan perayaan tahun ini dibuat secara sederhana memandangkan beliau tidak dapat pulang beraya bersama keluarganya di Perak kerana terikat dengan komitmen pelajaran.
Sementara itu, di Kuil Sri Maha Kaliamman, Seri Serdang, mendapati penganut agama Hindu mengambil peluang cuti perayaan tersebut dengan berkunjung ke kuil bersama anggota keluarga masing-masing.
J.Shaliney, 32, berkata setiap tahun beliau tidak pernah melepaskan peluang berkumpul bersama anggota keluarganya selepas bersembahyang di kuil.
Di SHAH ALAM, antara kuil yang menjadi tumpuan penganut Hindu ialah Kuil Sri Maha Mariamman, Seksyen 7 di sini dan Kuil Sri Agilandeswari, Kapar, Klang.
Penganut Hindu turut mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka untuk menerima kunjungan saudara mara dan sahabat handai.
Di IPOH, penganut Hindu dilihat memenuhi kuil di sekitar bandar ini bagi upacara keagamaan sebelum mengunjungi rumah saudara-mara dan rakan-rakan.
Ketua MIC Ipoh Barat Datuk G.Rajoo tidak melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Lim Garden di sini mulai pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan pelancongan antaranya di Little India, Ipoh juga meriah dengan kunjungan orang ramai dan hiasan berwarna-warni Deepavali.
Di SUNGAI PETANI, perayaan berkenaan disambut kira-kira 75,000 masyarakat berketurunan India di sini yang dimulakan dengan memohon restu daripada kedua orang tua, sebelum ke kuil bagi upacara keagamaan dan menziarahi keluarga serta kenalan.
Ketua MIC Bahagian Sungai Petani, TH Subra berkata rumah terbuka Deepavali anjuran MIC Sungai Petani turut akan diadakan dalam masa terdekat.
"Walaupun sambutan meriah, namun ia masih diraikan dengan penuh kesederhanaan sebagai menghormati mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor baru-baru ini," katanya.
Di PULAU PINANG, kuil-kuil di sepanjang Jalan Kebun Bunga menjadi antara kawasan tumpuan penganut agama Hindu bersembahyang kerana Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di kaki bukit di jalan itu ditutup untuk pembinaan.
Tinjauan Bernama di Little India, di sini mendapati banyak kedai-kedai ditutup dan kelihatan juga orang ramai termasuk pelancong asing bersiar-siar di sekitar Lebuh Queen, Lebuh Chulia and Jalan Pasar yang merupakan tempat tumpuan semasa perayaan Deepavali.
Di KUANTAN, penganut Hindu mulai memenuhi kuil tertua di daerah ini, Kuil Sri Sithi Vinayagar yang dianggarkan berusia lebih 120 tahun bagi upacara sembahyang mulai pukul 7 pagi.
Pengerusi kuil S. Gunasundram berkata persiapan untuk menyambut kehadiran orang ramai bermula seawal pukul 4 pagi di mana anggota jawatankuasa dan para sami akan memulakan ritual memandikan dewa dan dewi di sekitar kuil.
"Upacara mandi bukan sekadar menggunakan air, tetapi juga pelbagai barangan lain seperti susu dan tairu sebelum dipakaikan persalinan baharu. Upacara sembahyang bermula pada pukul 5 pagi, namun waktu puncak adalah pada pukul 8 pagi.
"Ini kerana, mereka bersembahyang di rumah dahulu sebelum ke kuil. Hari ini, kami menganggarkan kehadiran 700 orang dan ada di antara mereka membawa buah serta bunga untuk dipersembahkan kepada dewa dan dewi," katanya semasa ditemui.
Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin menghadiri rumah terbuka Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan di kediamannya di sini yang turut dihadiri kira-kira 500 orang.
Turut mengadakan rumah terbuka, pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam di perkarangan Pusat Khidmat Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, Bahau.
Bernama
Sat Oct 29 2016
![Deepavali disambut secara sederhana di seluruh negara Deepavali disambut secara sederhana di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41477724411_Deepavali.jpg)
P. Pathma Devi, 28, (tengah) bersama jiran terdekatnya meraikan Deepavali di rumahnya di Ipoh Perak hari ini.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700386563_deepavali.jpg)
Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim
Sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Swani Sivananda Kuala Kubu Bharu diraikan dalam suasana ceria bersempena dengan sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor 2023, pada Sabtu.
![Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700118316_PlazaTolGombak.jpg)
Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali
Pada tahun 2022, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.
![Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000 Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700025170_TBMercunjpg.jpg)
Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000
Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000.
![KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699878079_tbpenganiayaan.jpg)
KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.
![Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699776439_TBperayaanDeepavali.jpg)
Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini.
![Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699700495_Deepavali.jpg)
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
![Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650259784_PlazaTolPLUS.jpg)
Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan
Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan.
![Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699612807_AnwarIbrahim.jpg)
Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.
![Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699603909_LebuhrayaKarak.jpg)
Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak
Sebanyak 692,000 kenderaan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini.
![Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699597972_ZulkapliMohamed.jpg)
Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak
Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa semalam.