Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Semenyih petang semalam, adalah tokoh yang amat tekun memperjuangkan kepentingan Malaysia
melalui kesungguhannya dalam usaha meningkatkan hubungan antara negara ini dengan Amerika Syarikat.
Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Y. Yun berkata komitmen dan dedikasi Jamaluddin yang tidak pernah luntur itu akan dikenang selama-lamanya.
"Hubungan dua hala yang begitu kukuh antara kita, sebahagian besarnya adalah hasil daripada kreativiti, kegigihan dan wawasan beliau," katanya dalam ucapan takziah kedutaan itu yang disiarkan dalam laman sesawangnya malam tadi.
Laman itu juga menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan Presiden Barack Obama dan Jamaluddin, dengan kapsyen, 'Presiden Barack Obama bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis, bekas duta Malaysia ke Amerika'.
Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang terkorban dalam nahas itu.
"Doa dan harapan kami sentiasa mengiringi mereka pada detik-detik yang memilukan ini," katanya.
Helikopter AS365N2 Dauphin itu, yang dinaiki enam orang, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih dekat sini pada 4.55 petang semalam.
Nama yang terkandung dalam senarai daftar penerbangan pesawat itu ialah Kapten Clifford William Fournier; Pembantu Operasi Aidana Baizieva; Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran; Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Tan Huat Seang.
Mayat kesemua mangsa dibawa keluar dari tempat kejadian pada kira-kira 11.30 malam tadi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan proses pengecaman.
Bernama
Sun Apr 05 2015
Jamaluddin Jaris adalah tokoh yang amat tekun memperjuangkan kepentingan Malaysia melalui kesungguhannya dalam usaha meningkatkan hubungan antara negara ini dengan Amerika Syarikat.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Potensi pasaran Malaysia pacu pelaburan berterusan AS - Duta
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana.
Duta AS lancar projek pemuliharaan Rebana Kercing
Inisiatif memulihara warisan budaya dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini sebagai simbolik ke arah mengukuhkan kerjasama sedia ada melibatkan budaya dan masyarakat dua negara.
Dedikasi Jamaluddin Jarjis bantu perkukuh hubungan Malaysia-Amerika
Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih petang semalam, adalah tokoh yang amat tekun memperjuangkan kepentingan Malaysia.