Budu lazimnya dinikmati dalam bentuk sos, tetapi kini makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh didapati dalam bentuk serbuk.
Budu serbuk atau 'Debudu' merupakan inovasi sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRIM), yang mengambil inisiatif itu dengan matlamat untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Ketua penyelidik Dr Fisal Ahmad berkata kaedah pembungkusan sedia ada menjadi halangan untuk budu menembusi pasaran luar negara ekoran sos ikan bilis itu berbentuk cecair dan mempunyai aroma yang sangat kuat.
"Inovasi budu dalam bentuk serbuk mempunyai banyak kelebihan dan sesuai untuk tujuan komersial kerana cirinya yang lebih ringan, tahan lama, mudah dibawa, menjimatkan ruang dan kos serta kegunaan yang pelbagai.
"Pengguna hanya perlu melarutkan kembali serbuk budu ke dalam bekas menggunakan air kosong dan ia akan kembali seperti keadaan cecair asal tanpa ada perubahan warna serta rasa," katanya kepada Bernama.
Katanya pasukannya mengambil masa enam bulan untuk menjalankan kajian dengan sokongan dana sebanyak RM100,000 daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
Menurut Fisal, teknik penghasilan budu serbuk sama seperti susu tepung iaitu menggunakan mesin Ultra Sonic Spray Dried.
"Apa yang berlaku ialah larutan budu ditapis dan dicampur dengan maltodektri, iaitu sejenis bahan yang boleh mengekalkan perisa dan membantu pembentukan pepejal serbuk budu semasa proses pengeringan berlaku. Larutan tersebut akan disedut masuk melalui bahagian kepala semburan mesin yang akan menukar cecair tadi kepada bentuk semburan halus," katanya.
Kerja keras kumpulan ini membolehkan mereka menggondol beberapa anugerah iaitu pingat perak pada Konvensyen Antarabangsa, Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2009, pingat emas Pameran BioMalaysia KLCC dan tempat pertama Pertandingan Inovasi Kebangsaan Melalui Pameran 2018, menerusi produk Debudu yang diinovasi dalam bentuk serbuk perasa.
Pada masa ini, UMT sedang mencari syarikat atau agensi yang berminat untuk mengkomersialkan produk Debudu ke pasaran tempatan dan luar negara dalam usaha memartabatkan makanan tradisional masyarakat Pantai Timur itu.
"Produk Debudu telah dihasilkan pada 2009, tetapi usaha memasarkannya terhenti seketika kerana saya melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala anggota yang lain sibuk dengan komitmen sebagai pensyarah dan sebagainya.
"Bagaimanapun kami ingin memajukan kembali produk ini supaya ia dapat menembusi pasaran luar sekali gus membantu melonjakkan ekonomi masyarakat tempatan yang terlibat dalam industri perikanan," katanya.
Fisal berkata produk Debudu dihasilkan dalam tiga variasi iaitu perasa asli, perasa tambahan (cili dan bawang) serta serbuk perasa yang sangat lazat jika digunakan bersama daging burger dan masakan yang dipanggang atau dibakar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 12 2018
Ketua Penyelidik PPTSM UMT, Dr Fisal Ahmad menunjukkan produk inovasi iaitu budu serbuk atau 'Debudu' ketika ditemui di UMT baru-baru ini. - Bernama
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan
Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan
Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.
Boleh tolong belikan makcik beras dengan budu ...?
Seorang warga emas, Che Munah Che Man yang menjual asam keping di sekitar pasar Pasir Puteh, hidup dalam keadaan daif selain memerlukan bantuan masyarakat untuk meneruskan rutin harian.
Debudu? Oh, budu dalam bentuk serbuk!
Inovasi sekumpulan penyelidik dari PPTSM Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama FRIM ini disasar untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Banjir Kelantan: Mangsa muak makan ayam, nak budu
Rata-rata mangsa di Pusat Pemindahan Banjir SK Rantau Panjang 2 berasa jemu dengan menu ayam setiap hari.
Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan
Anak kelahiran Bristol, England yang diberi nama Daniel Tyler sebelum memeluk agama Islam itu berkata penggambaran filem tersebut baru bermula minggu lepas.