KUALA NERANG: Debu gunung berapi berusia 74,000 tahun yang digazetkan sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah pada tahun 2015 di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai, dekat sini memerlukan perhatian pihak berwajib.
Abdul Halim Jusoh, 73, berkata, debu secara bertaburan itu berada di dalam kawasan seluas 1.2 hektar miliknya dan dia secara sukarela menjaga serta membersihkan kawasan persekitaran sejak beberapa tahun lalu.
Dia memotong rumput di sekitar tapak debu gunung berapi sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengelakkan kawasan tersebut dipenuhi semak samun dan dihuni binatang berbisa seperti ular.
"Sepatutnya, kawasan sejarah ini perlu ditambah kemudahan lebih cantik untuk pelancong tapi setakat hari ni tak ada (infrastruktur lain). Tempat orang nak duduk, tempat nak rehat, nak tengok pun tak ada.
"Cuma kita bubuh papan tanda sahaja. Sepatutnya, perlu dibina struktur bangunan yang sesuai untuk pelancong datang dan duduk," katanya ketika ditemui pemberita di tapak debu gunung berapi tersebut di Kampung Padang Nyior baru-baru ini.
Abdul Halim berkata, sejak tujuh tahun lalu, kawasan tersebut sudah dikunjungi pelancong tempatan dari seluruh negara termasuk pelancong asing seperti dari Jepun dan Korea Selatan.
Katanya mengambil tanggungjawab untuk membersihkan kawasan tumpuan pelancong tersebut biarpun tiada peruntukan ataupun bayaran diberikan oleh pihak berwajib.
"Debu gunung berapi ini tidak gatal. Saya percaya ada khasiat tersendiri kerana hasil tanaman saya seperti cempedak, nangka dan harumanis yang ditanam di sekitar rumah tumbuh subur dan berbuah tanpa musim," ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Kedah Tourism, Azlan Fitri Abdul Razak yang dihubungi pemberita berkata, pihaknya sentiasa mempromosikan kawasan bersejarah termasuk tapak geowarisan itu kepada orang awam dan pelancong.
Menurutnya, kerajaan negeri Kedah juga diharapkan dapat membantu menyediakan infrastruktur dan kemudahan lengkap di kawasan itu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong kelak.
"Kami menyasarkan pelancong tempatan dan juga pelancong dari Korea Selatan, Jepun dan India untuk datang ke sini.
"Selain itu, Kedah Tourism juga sedang mempromosikan produk sedia ada seperti gua-gua terdapat di Baling dan jerami padi yang sinonim dengan musim menuai di Sedaka, Yan," katanya.
Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah debu gunung berapi dirasmikan pada 27 April 2015 oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah ketika itu, Datuk Badrol Hisham Hashim.
Letupan gunung berapi di Toba, Sumatera di Indonesia telah menyaksikan debu gunung berapi itu diterbangkan hingga ke barat laut.
Debu tersebut ditemui sejak 1980 di Serdang, Selangor; Lenggong, Perak; dan di Padang Nyior dekat sini sebelum kajian dilakukan pada 1990 hingga 1995.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 08 2022

Abdul Halim menunjukkan debu gunung berapi yang berada di dalam kawasan miliknya yang digazetkan sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah pada 2015 di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai, Kedah. - Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Debu gunung berapi Padang Sanai perlu perhatian
Abdul Halim memotong rumput di sekitar tapak debu gunung berapi itu sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Letusan Gunung Berapi Taal: 8,000 mangsa dipindahkan
Pada masa sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino, Manila, juga terpaksa ditutup sementara malam tadi selepas ia diselubungi debu letusan gunung berapi yang berlaku sejak Ahad.

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden gunung berapi Sinabung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letusan gunung berapi di Sinabung, Sumatera Utara, Indonesia, Sabtu lalu.

MetMalaysia pantau pergerakan asap debu letusan gunung berapi Sinabung
MetMalaysia akan memantau secara berterusan pergerakan asap dan debu letusan gunung berapi itu di kawasan ruang udara (FIR) Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.