KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menukar nama laluan bagi perkhidmatan bas GOKL daripada menggunakan warna kepada model nombor mulai 1 Ogos.
DBKL dalam notis pemakluman awam pada Rabu menjelaskan pertukaran itu melibatkan 14 laluan bagi memudahkan penumpang mengingati nama laluan berbanding penggunaan warna yang dilihat rumit dan mengelirukan.
"Bagaimanapun, nama warna akan dikekalkan di hujung nama laluan bagi tempoh sementara untuk mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai," menurut notis pemakluman itu.
Laluan itu ialah Laluan Hijau yang membabitkan perjalanan dari KLCC ke Bukit Bintang yang ditukar kepada GOKL 01, Laluan Ungu (Hab Pasar Seni-Bukit Bintang) kepada GOKL 02, Laluan Merah (Hab Titiwangsa-KL Sentral) kepada GOKL 03 dan Laluan Biru (Hab Titiwangsa-Bukit Bintang) kepada GOKL 04.
Turut terlibat Laluan Jingga (Hab Titiwangsa-MINDEF) kepada GOKL 05, Laluan Merah Jambu (PPR Pantai Ria-LRT Universiti) kepada GOKL 06, Laluan Biru Firus (LRT Dato' Keramat-Kelumpuk Bambu (Setiawangsa) kepada GOKL 07, Laluan Merah Manggis (MRT Kampung Batu-Chow Kit) kepada GOKL 08 dan Laluan Coklat (LRT Sri Rampai-Seksyen 10 Wangsa Maju) kepada GOKL 09.
Laluan lain ialah Laluan Hijau Serindit (Terminal Maluri-Bandar Sri Permaisuri) kepada GOKL 10, Laluan Kelabu (MRT Maluri-Bandar Tun Razak) kepada GOKL 11, Laluan Krim (Taman Fadason-MRT Sri Delima) kepada GOKL 12, Laluan Merah Lembayung (MRT Jinjang-MATRADE) kepada GOKL 13 dan laluan terbaharu dari Kompleks Komuniti Muhibbah ke PPR Pinggiran Bukit Jalil menggunakan model nombor GOKL 14.
Sehubungan itu, pengguna digalakkan memuat turun dan menggunakan aplikasi GOKL bagi mengetahui maklumat atau pengumuman terkini dari semasa ke semasa mengenai perkhidmatan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
![DBKL tukar nama laluan bas GOKL kepada model nombor DBKL tukar nama laluan bas GOKL kepada model nombor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691012236_Modpengangkutanawa.jpg)
Pengguna digalak menggunakan aplikasi GOKL bagi mengetahui maklumat atau pengumuman terkini dari semasa ke semasa mengenai perkhidmatan bas GOKL. - Gambar fail/BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Warga asing dikenakan caj RM1 guna bas GoKL mulai 1 Jan Warga asing dikenakan caj RM1 guna bas GoKL mulai 1 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691012236_Modpengangkutanawa.jpg)
Warga asing dikenakan caj RM1 guna bas GoKL mulai 1 Jan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj RM1 bagi setiap perjalanan kepada bukan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL mulai 1 Jan depan.
![DBKL tukar nama laluan bas GOKL kepada model nombor DBKL tukar nama laluan bas GOKL kepada model nombor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691012236_Modpengangkutanawa.jpg)
DBKL tukar nama laluan bas GOKL kepada model nombor
Ia melibatkan 14 laluan bagi memudahkan penumpang mengingati namanya berbanding penggunaan warna yang dilihat rumit dan mengelirukan.