KUALA LUMPUR : Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 dibatalkan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi DBKL, pembatalan itu adalah bagi menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di sebalik pembatalan itu, DBKL turut mengajak semua orang menghayati erti kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh semangat patriotisme.


Sementara itu, pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa di Jalan Masjid India.

Setakat jam 11.30 malam pada Rabu, difahamkan pencarian kini tertumpu di lurang kumbahan di lokasi kejadian dan di hadapan Wisma Yakin.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.