Seorang suri rumah bergelar datin didakwa di mahkamah sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, batang mop dan payung hingga mangsa parah, minggu lalu.
Tertuduh, Rozita Mohamad Ali, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan hakim, Mohamad Kamil Nizam.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Rozita didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Suyanti Sutrinso,19, hingga menyebabkan kecederaan termasuk pada kedua-dua belah mata, tangan dan kaki, organ dalaman, pendarahan beku di bawah kulit kepala, patah tulang serta patah belikat kiri.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di 62, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, pada 21 Disember lalu dan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam Rosal Azimin Ahmad.
Astro Awani
Fri Dec 30 2016

Seorang suri rumah bergelar datin didakwa di mahkamah sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia. - Gambar Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Polis Kelantan tumpas sindiket 'Mat Yo', 'Datin', rampas dadah hampir RM7 juta
Polis Kelantan menumpaskan dua sindiket mengedar dadah dikenali sebagai 'Mat Yo' dan 'Datin', selepas menahan 13 individu termasuk empat wanita warga Thailand.

Datin dera amah dihukum penjara lapan tahun
Perintah berkelakuan baik terhadap suri rumah yang menyebabkan kecederaan pembantu rumahnya ditukar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kepada lapan tahun penjara, hari ini.

Datin hadapi pertuduhan cuba bunuh pembantu rumah
Seorang suri rumah bergelar datin didakwa di mahkamah sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia.