PUTRAJAYA: Dasar Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula berdasarkan rangkuman intisari Madani supaya ia dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia, menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan melalui dasar perumahan baharu itu dan perancangan yang lebih teratur, kementerian itu percaya sasaran untuk penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 dengan kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri dan pemaju swasta, boleh dicapai.
"KPKT bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari insentif baharu dan memudah cara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan supaya dapat memberi ruang kepada pemaju swasta bergiat aktif dalam menyediakan perumahan mampu milik berkualiti dan selesa untuk rakyat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut beberapa contoh dasar perumahan di negara lain termasuk negara jiran seperti Singapura akan dilihat terutamanya dalam aspek pengurusan perumahan awam dan mampu milik, berdasarkan kejayaan negara itu menyediakan perumahan awam atau sosial untuk 80 peratus rakyatnya tanpa mengira bangsa.
Menurut kenyataan itu, Dasar Perumahan Negara yang baharu kelak akan mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan senario rakyat berbilang kaum di negara ini.
Menurut KPKT, kementerian turut bercadang mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan dari Singapura bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar Madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Kementerian percaya sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 dengan kerjasama semua agensi perumahan boleh dicapai. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd
Kebakaran hutan di Turkiye, penduduk diarah pindah
Kebakaran hutan pada Sabtu membabitkan tiga lokasi di wilayah barat Turkiye, Izmir menyebabkan kawasan kediaman terpaksa dikosongkan.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perumahan tidak terjejas berhampiran tanah runtuh di Puchong masih selamat dihuni - Polis
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata penduduk tidak perlu bimbang kerana struktur tanah runtuh itu tidak akan sampai ke kawasan lain.
Projek terkesan akibat kelewatan dicadang terima manfaat Dana Jaminan Khas
Dalam tempoh pemaju menyiapkan pemajuan perumahan, kebajikan pembeli yang menjadi mangsa projek perumahan bermasalah perlu dibela.
Kerajaan Selangor senarai hitam pemaju tidak patuhi syarat sedia kuota Bumiputera - Exco
Pemaju akan disenarai hitam daripada membuat sebarang permohonan pelepasan kuota Bumiputera di LPHS dan dikenakan denda yang lebih berat.
Skim Rent to Own diperluas bagi golongan B40, M40
Kerajaan akan memperluas skim Rent to Own bagi membolehkan lebih ramai golongan B40 dan M40 memiliki rumah.
KKDW diberi RM460.2 juta untuk pembangunan PPRT
Jumlah itu merangkumi peruntukan RM244.4 juta bagi pembinaan 3,030 unit rumah baharu sementara baki untuk pembaikpulihan.
KPKT teliti syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik
KPKT sedang meneliti syarat yang menetapkan pemaju perumahan swasta untuk membina rumah mampu milik dalam setiap projek mega yang dibangunkan.
Tiada lagi projek sakit PR1MA menjelang tahun depan - Kor Ming
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan tiada lagi projek sakit membabitkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menjelang tahun hadapan.