KUALA LUMPUR:World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur berharap Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020 – 2030 yang diumumkan Perdana Menteri dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka ruang kepada sub sektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, dengan peningkatan kerjasama antara sektor awam dan swasta, ia dilihat dapat menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara seterusnya mencapai matlamat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai Top of Mind Ecotourism Destination of the World.
"Saya dan pemain industri yang lain sedia bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk merangka strategi dan garis panduan yang lebih mantap dan selamat agar industri acara perniagaan dapat dibuka semula seterusnya menyumbang kepada merangsang dan memantapkan ekonomi sektor pelancongan negara.
"Saya melihat perlaksanaan dasar ini menerusi enam teras strategik adalah sebuah cadangan yang bernas dan tepat ketika ini.
"Kita perlukan transformasi dan bergerak mengikut arus semasa. Jadi, usaha untuk mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang lebih inklusif dan menggiatkan digitalisasi pelancongan adalah sangat tepat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Irmohizam turut memberitahu, yang WTC menyambut baik pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan DPN 2020 – 2030 yang dilihat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadi destinasi pelancongan dan kebudayaan di serata dunia.
Katanya, industri acara perniagaan yang bertanggungjawab menganjur program berbentuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) merupakan salah satu industri yang berpayung di bawah sektor pelancongan dan sehingga kini mencatatkan kerugian sebanyak RM2.25bilion disebabkan oleh pembatalan dan penangguhan kira-kira 1,550 acara perniagaan akibat sekatan perjalanan di dalam dan luar negara.
"Industri ini mengupah kira-kira 33,000 pekerja tetap di samping 60,000 pekerja separuh masa sebelum dunia digemparkan oleh pandemik COVID-19," ujarnya.
Sehingga kini, beliau berkata, lebih 17 peratus pekerja industri yang telah kehilangan pekerjaan dan sektor ini benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan dari pihak kerajaan.
Muhyiddin hari ini mengumumkan akan memberi tumpuan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan menerusi DPN 2020-20130. Ia sekali gus menjadi kayu ukur dan seterusnya memberi impak kepada ekonomi negara.
Astro Awani
Wed Dec 23 2020

Irmohizam Ibrahim berkata, dengan peningkatan kerjasama antara sektor awam dan swasta, ia dilihat dapat menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara. - Gambar fail/World Trade Centre
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Dasar Pelancongan: WTC harap dapat kukuhkan jaringan antara industri
WTC berharap Dasar Pelancongan yang diumumkan Perdana Menteri dapat mengukuhkan jaringan antara industri.