KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia yang sebelum ini hanya menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh model pembangunan ekonomi, kini turut berminat untuk belajar dari China.
"Kita perlu terbuka untuk menyemak semula sebarang dasar yang telah dilaksanakan selama 40 tahun," katanya kepada Asahi Shimbun ketika ditemu bual di Tokyo pada 17 Dis.
Beliau merujuk kepada Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan Perdana Menteri keempat Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad pada 1982 bagi mempelajari strategi pemodenan ekonomi terutamanya dari Jepun dan Korea Selatan.
"Saya tidak akan kata 'Timur' (dalam dasar itu) bermaksud Jepun dan Korea Selatan tanpa China. Sekarang, apabila kita menyebut 'Pandang ke Timur' ia adalah Timur (termasuk China)," kata beliau seperti dipetik oleh akhbar Jepun itu.
Anwar berkata, teknologi digital, keselamatan siber dan isu-isu lain sedang mengubah dunia dan Malaysia perlu mengembangkan dasar yang telah berusia puluhan tahun itu, sambil memelihara aspek-aspek yang masih memberi manfaat.
Pemimpin itu melakukan lawatan kerja lima hari ke Tokyo mulai 15 Dis bagi menghadiri sidang kemuncak sempena ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerjasama antara Jepun dan ASEAN.
Malaysia menyokong dasar luar yang "teguh dan bebas" dan beliau berkata negara akan berurusan dengan China bergantung kepada kepentingan Malaysia.
Anwar berkata, ketika beliau melawat Amerika Syarikat (semasa APEC 2023 baru-baru ini), beliau ditanya mengapa Malaysia terarah kepada China.
Beliau menjawab: "Kerana mereka melabur lebih banyak".
Tetapi Anwar berkata, Malaysia akan tetap tegas berunding dengan China berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan dan tidak membenarkan sebarang tindakan sepihak oleh Beijing.
Perdana Menteri juga menyifatkan Jepun sebagai "rakan strategik yang sangat penting", sambil menyatakan hubungan Malaysia dengan Jepun harus diperluas di bawah dasar Pandang Ke Timur seperti berkongsi etika dan teknologi Jepun.
Menurut Asahi Shimbun, Jepun pada 16 Dis mengumumkan akan menyediakan peralatan untuk aktiviti amaran dan pengawasan bernilai 400 juta yen (AS$2.82 juta), termasuk bot penyelamat dan dron kepada tentera Malaysia di bawah program bantuan keselamatan rasmi.
Anwar menekankan bahawa peralatan pertahanan itu untuk membantu Malaysia melindungi perairan wilayahnya dan ia tidak termasuk mana-mana kapal selam atau pesawat besar.
Menurut beliau lagi bantuan itu adalah untuk keperluan keselamatan.
Semasa lawatan itu, Malaysia dan Jepun telah meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik Komprehensif. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
![Dasar Pandang Ke Timur kini termasuk China - Anwar Dasar Pandang Ke Timur kini termasuk China - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702954576_TBANWARjpg.jpg)
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia yang sebelum ini hanya menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh model pembangunan ekonomi, kini turut berminat untuk belajar dari China. - Gambar Bernama
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653649890_TBISMAIL.jpg)
PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo pada Jumaat, mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf.
![Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653320908_Ismailsabritokyo.jpg)
Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun di sini malam ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun.
![Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599108232_BekasPerdanaMenter.jpg)
Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir
Hari ini, Dr Mahathir berkata terdapat hampir 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia, dan menggaji lebih 400,000 rakyat Malaysia.
![Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614139546_hiroshioka.jpg)
Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun
Kerjasama antara kedua negara tidak terbatas dan banyak kemajuan telah dicapai menerusi Dasar Pandang ke Timur Malaysia.
![Proton masuk pasaran Kenya dengan Saga Proton masuk pasaran Kenya dengan Saga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71596536549_protonsaga.jpg)
Proton masuk pasaran Kenya dengan Saga
Kereta itu dihantar sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dibina semula oleh Simba Corp, sebuah konglomerat yang mempunyai pengalaman pemasangan serta jualan dalam industri automotif.
![Sistem pendidikan Jepun berteraskan nilai murni, bukan peperiksaan Sistem pendidikan Jepun berteraskan nilai murni, bukan peperiksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565415646_TBJapanSchool.jpg)
Sistem pendidikan Jepun berteraskan nilai murni, bukan peperiksaan
"Kita sering tertumpu kepada peperiksaan dan mendapat keputusan straight As tetapi nilai murni tidak diutamakan," ulas Dr. Hanny, yang berpengalaman tinggal 10 tahun di Jepun.
![Dr Mahathir dianugerah Ijazah Doktor Kehormat IUJ Dr Mahathir dianugerah Ijazah Doktor Kehormat IUJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565143671_TBTUNM.jpg)
Dr Mahathir dianugerah Ijazah Doktor Kehormat IUJ
Penganugerahan diberi berdasarkan impak besar yang terhasil daripada Dasar Pandang ke Timur yang diketengahkan Perdana Menteri terhadap bidang pendidikan di Jepun serta negara-negara ASEAN lain.