KUALA LUMPUR: Hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun adalah strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka.
Kerjasama antara kedua negara tidak terbatas dan banyak kemajuan telah dicapai menerusi Dasar Pandang ke Timur Malaysia, kata beliau dalam ucapannya yang disiarkan secara dalam talian bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Jepun.
Beliau berkata perdagangan dan pelaburan yang besar di bawah polisi tersebut telah menjadi pendorong kepada hubungan dua hala dengan kira-kira 1,500 syarikat Jepun di Malaysia telah mewujudkan 340,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan sahaja.
Jepun yang merupakan pelabur terbesar di Malaysia pada 2019, kini berkembang daripada fokus tradisi pada barangan elektronik kepada pembuatan bernilai tambah yang tinggi seperti peralatan perubatan dan sektor perkhidmatan seperti, digital, industri halal dan logistik.
"Kita akan berusaha sepenuhnya bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan daripada Jepun untuk menyokong usaha kerajaan Malaysia mempertingkatkan lagi produktiviti," katanya.
Satu lagi kerjasama utama adalah pendidikan dan pembangunan manusia dan sejak pelancaran Polisi Pandang ke Timur hampir 40 tahun lepas, kira-kira 27,000 rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada melanjutkan pelajaran di Jepun.
"Sebaik pulang ke Malaysia, mereka ini telah memainkan peranan penting di barisan hadapan setiap bidang dan memberikan kekuatan unik kepada asas perhubungan rapat antara kedua negara," katanya lagi.
Oka juga bercakap mengenai kerjasama dalam menangani cabaran yang dihadapi akibat pandemik COVID-19 dengan Jepun menyediakan pelbagai bentuk sokongan kepada rakyat Malaysia.
Ini termasuklah pembekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan perubatan lain.
Mereka juga menyokong pembentukan pusat ASEAN untuk Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baharu yang Muncul bagi membantu negara membangun ASEAN membangunkan keupayaan mereka menghadapi penyakit berjangkit.
Untuk kedua-dua tujuan itu, Jepun telah menyumbangkan US$60 juta manakala mereka telah komited dengan satu lagi sumbangan bernilai US$300 juta untuk menyokong pembangunan dan pengedaran global vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021

Hiroshi Oka, Duta Jepun ke Malaysia. - Gambar fail

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun
Kerjasama antara kedua negara tidak terbatas dan banyak kemajuan telah dicapai menerusi Dasar Pandang ke Timur Malaysia.

220 lagi pelajar program Dasar Pandang ke Timur bakal berlepas ke Jepun
Pelajar terbabit telah menyempurnakan kursus komprehensif selama 20 bulan di sini termasuk penguasaan Bahasa Jepun.

COVID-19: Kerajaan Jepun sumbang 21,200 PPE kepada NADMA
Sumbangan PPE antaranya merangkumi pakaian pelindungan penuh akan diserahkan kepada petugas barisan hadapan.