Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan jumlah penjawat awam seramai 1.6 juta di seluruh negara tetap dikekalkan meskipun sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan) dilaksanakan.
Perdana Menteri berkata, ini kerana penjawat awam masih diperlukan untuk melakukan tugas-tugas lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan, justeru tidak timbul isu pengurangan jumlah sedia ada.
"Sebagai contoh, sebelum ini ada tiga orang untuk satu tugas, tetapi apabila e-government (e-kerajaan) dilaksanakan, hanya seorang akan menjalankan tugas itu, manakala dua orang lagi boleh buat tugas yang lain.
"Saya fikir bukan soal mengurangkan (penjawat awam) kerana itu agak sensitif. Saya mahu beri jaminan, dasar sudah ditetapkan (bilangan) penjawat awal kekal hingga pencen," katanya pada satu Majlis Perjumpaan bersama Penjawat Awam Persekutusan Sabah Sandakan pada Ahad.
Tambah Muhyiddin, penggunaan teknologi tidak boleh dielakkan tetapi pada masa sama tenaga penjawat awam diperlukan untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang penjawat awam yang ingin tahu sama ada bilangan tenaga kerja sektor awam sedia ada akan dikurangkan jika sistem e-kerajaan dilaksanakan.
Assim Hassan
Sun Aug 30 2020
Tambah Muhyiddin, penggunaan teknologi tidak boleh dielakkan tetapi pada masa sama tenaga penjawat awam diperlukan. - Gambar fail
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
Dasar e-Kerajaan: Jumlah penjawat awam kekal, tiada pengurangan
Penjawat awam masih diperlukan untuk melakukan tugas-tugas lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan.