PUTRAJAYA: Peranan dasar cukai yang berkesan adalah penting untuk memupuk pertumbuhan dan kestabilan yang berterusan berdasarkan kepada kemajuan ekonomi, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata hasil cukai adalah penting untuk menyokong perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur dan program sosial, yang mana ia merupakan asas kepada kemakmuran negara.
"Membangunkan sistem cukai yang cekap dan adil amat mencabar bagi negara seperti Malaysia yang sedang berintegrasi ke dalam ekonomi global.
"Sistem cukai yang ideal harus menjana hasil yang penting tanpa kerajaan meminjam secara berlebihan atau tanpa menggalakkan aktiviti ekonomi," katanya dalam ucap tama di Forum Dasar Percukaian Malaysia keempat anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI), di sini, hari ini.
Lim berkata membangunkan sistem cukai yang cekap bukanlah mudah apabila melibatkan pekerjaan tidak formal dalam bidang pertanian atau perniagaan kecil dan tidak formal kerana pendapatan turun naik dan transaksi tunai mereka menyukarkan untuk mengira cukai pendapatan dan juga kebolehpercayaan data.
Ini kerana struktur tidak formal sistem kewangan dan kekangan kewangan menjadikannya mencabar untuk menjana statistik yang boleh dipercayai.
Beliau berkata kepentingan sistem cukai yang direka bentuk dengan baik dan ditadbir dengan berkesan tidak boleh dipertikaikan.
"Ketika kita terus membangunkan ekonomi, adalah penting untuk memastikan dasar cukai kita teguh dan adil bagi pertumbuhan yang mampan dan kestabilan sosial," katanya.
Pada masa hadapan, Lim berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka disokong oleh perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan peningkatan dalam permintaan luar.
"Aktiviti pelaburan akan menjadi pemacu utama, didorong oleh kemajuan dalam projek-projek jangka panjang merentasi sektor swasta dan awam.
"Pelancaran inisiatif strategik yang digariskan dalam rancangan negara, ditambah dengan realisasi lebih besar bagi pelaburan yang diluluskan, akan memberikan dorongan tambahan untuk pertumbuhan," katanya.
Lim berkata pada suku pertama (S1) 2024, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar memberangsangkan kepada 4.2 peratus, meningkat daripada 2.9 peratus pada S4 2023, didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pemulihan positif dalam eksport.
Beliau berkata dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini, transformasi ekonomi berlaku pada kadar yang menakjubkan, membentuk semula setiap aspek masyarakat, termasuk bagaimana mengendalikan cukai.
Lim berkata sebagai fungsi teras kerajaan, pentadbiran cukai mesti menyesuaikan diri dengan anjakan ini dan menerima teknologi digital bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan kritikal untuk menyelaraskan operasi.
"Apabila dilaksanakan dengan berkesan, kerajaan digital dan pentadbiran cukai digital boleh memacu pembangunan dan pertumbuhan yang mampan, memupuk kepercayaan dan kesejahteraan rakyat yang lebih besar. Ini amat penting untuk melindungi asas pendapatan kita dalam dunia yang sentiasa berubah," katanya.
Sementara itu, Penasihat Kehormat ISI Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi berkata salah satu perubahan transformatif dalam bidang sistem kewangan ialah kemunculan invois elektronik (e-Invois) yang ditekankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), dan ia merupakan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital.
"Pengenalan sistem e-Invois di Malaysia adalah satu langkah ke arah mencapai cukai yang telus dan cekap dengan lebih tinggi," katanya.
Mohd Nizom berkata satu lagi kemas kini penting dalam landskap cukai negara ialah perubahan dalam kadar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital.
Berkuat kuasa 1 Mac tahun ini, kadar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh orang berdaftar asing (FRP) akan meningkat daripada enam peratus kepada lapan peratus.
Mohd Nizom berkata pelarasan ini menandakan usaha negara untuk mengekalkan rentak dalam perkembangan ekonomi digital.
"Ketika kita mengharungi peluang dan cabaran landskap global yang berubah dengan pantas, keperluan untuk rangka kerja dasar cukai yang teguh dan adaptif tidak pernah lebih mendesak.
"Kita mesti memastikan sistem cukai kita adil, cekap dan kondusif kepada daya saing ekonomi sambil menggalakkan kesaksamaan sosial dan kemampanan alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
Hui Ying berucap semasa 4th Malaysia Tax Policy Forum 2024 bertemakan "Bridging the Taxation Divide : Building a Sustainable Future for Malaysia" hari ini. -fotoBERNAMA
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Korea Utara, Rusia meterai perjanjian pertahanan
Korea Utara telah meratifikasi perjanjian pertahanan bersama Rusia yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin negara, Jun lalu, di mana menerusi perjanjian itu, setiap pihak perlu saling membantu sekiranya berlaku serangan bersenjata.
Trump pilih Konservatif Pro-Israel sebagai Duta
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan pelantikan bekas Gabenor Arkansas, Mike Huckabee, sebagai duta Amerika Syarikat ke Israel.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Israel-Hezbollah berbalas serangan
Tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke kawasan pinggir bandar selatan Beirut pada Selasa, menyasarkan kawasan yang dikawal oleh Hezbollah.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Israel mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa kerajaan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei lebih takutkan rakyatnya sendiri berbanding ancaman dari Israel.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia tahun ini 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran 2.32.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Pegawai Israel mendakwa, terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dan ia berkaitan dengan isu keselamatan.
Selepas taufan Toraji, Filipina diancam ribut tropika Usagi
Filipina mengeluarkan amaran cuaca baharu ketika ribut besar kelima dalam tiga minggu menghampiri kepulauan itu, hanya beberapa hari selepas ribuan penduduk dipindahkan kerana Taufan Toraji.
AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Washington memberi jaminan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden tidak akan menamatkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menangani pemanasan global.
Kerajaan sasar defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana - Lim
Kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana, mengikut kerangka Ekonomi MADANI.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying cuti sakit selepas pembedahan
Pada 4 Okt 2024, Timbalan Menteri Kewangan telah menjalani pembedahan dan kini sedang menjalani proses pemulihan di kediaman beliau.
Pasaran hartanah Malaysia raih paras tertinggi dalam lima tahun pada separuh pertama 2024
Pasaran hartanah Malaysia pada separuh pertama 2024 mencatat pertumbuhan tertinggi bilangan dan nilai transaksi dalam tempoh lima tahun, kata Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying
Keberkesanan program kerajaan untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada kerjasama antara institusi kewangan (FI) dan institusi kewangan pembangunan (DFI).
SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF
Kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian.
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.
Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.