Dasar baharu untuk bidang strategik pelaburan langsung asing (FDI) akan diumumkan pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.
Beliau berkata antaranya, dasar itu akan merangkumi dasar pelaburan pusat data dan e-dagang.
"Kami akan mengadakan sesi sumbang saran pada awal tahun depan dan apabila kami bersedia kami akan mengumumkannya kepada agensi yang berkaitan," katanya kepada pemberita pada Siri Persidangan Modal Affin Hwang 2018 di sini pada Khamis.
Ong berkata dasar baharu untuk bidang strategik FDI merupakan antara lima strategi bagi 2019 yang disenaraikan oleh MITI.
Strategi lain ialah menginstitusikan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan China untuk sama-sama meningkatkan pelaburan strategik dua hala.
Terdahulu, dalam pembentangan beliau, Anggota Parlimen Bangi itu berkata syarikat China antara sumber FDI terbesar di negara ini, dengan RM9.51 bilion dicatatkan dalam tempoh lapan bulan pertama 2018, diikuti Indonesia (RM8.99 bilion), Belanda (RM7.67 bilion), AS (RM2.94 bilion) dan Korea Selatan (RM2.45 bilion).
Beliau berkata kebanyakan syarikat China yang beroperasi di Malaysia berada dalam dua kategori: penggiat global tetapi dengan proses dalaman yang masih sempit, dan syarikat di peringkat tempatan dalam peringkat awal ke luar negara.
Dua jenis syarikat ini yang berpangkalan di sini akan mengambil masa untuk menjadi global dan dimodenkan, katanya, sambil menambah syarikat China global dengan operasi di sini termasuk Huawei dan Alibaba.
"Strategi lain ialah strategi "mencari, mendapatkan dan meraih" untuk misi perdagangan dan pelaburan atau TIM, yang membawa kepada potensi pelaburan hampir RM3 bilion dari Jepun dan Korea Selatan semasa TIM Menteri Datuk Darell Leiking pada Oktober 2018.
"Kami juga akan turun padang untuk mempromosikan inisiatif pembiayaan, terutamanya untuk Industri 4.0," katanya.
Beliau berkata kerajaan, semasa membentangkan Belanjawan 2019, mengumumkan peruntukan sebanyak RM210 juta dari 2019 hingga 2021 untuk menyokong peralihan dan penghijrahan ke Industri 4.0.
MITI akan membantu 500 pertama perusahaan kecil dan sederhana untuk melalui Penilaian Kesediaan bagi beralih kepada platform Industri 4.0 melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
![Dasar baharu bagi FDI akan diumumkan - MITI Dasar baharu bagi FDI akan diumumkan - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535528440_OngKianMing.jpg)
KIAN MING: Dasar baharu untuk bidang strategik FDI merupakan antara lima strategi bagi 2019 yang disenaraikan oleh MITI.
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Dasar baharu bagi pembangunan pesisir pantai Selangor Dasar baharu bagi pembangunan pesisir pantai Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694264932_TBPESTABUAH.jpg)
Dasar baharu bagi pembangunan pesisir pantai Selangor
Satu dasar baharu akan dirangka berhubung rancangan pembangunan di kawasan pesisir pantai di Selangor dengan mengambil kira aspek kenaikan paras air laut.
![Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637132098_twitter.jpg)
Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis
Twitter pada Khamis mengumumkan dasar global baharu untuk menangani penyebaran maklumat yang salah atau tidak benar semasa situasi krisis.
![Bakal pelabur jumpa kementerian untuk kendalikan kilang penapisan gula Bakal pelabur jumpa kementerian untuk kendalikan kilang penapisan gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561308206_ChongChiengJen.jpg)
Bakal pelabur jumpa kementerian untuk kendalikan kilang penapisan gula
Mereka bersedia untuk melabur bagi menambah baik sistem bekalan susulan dakwaan MSM bahawa ia berkemungkinan terpaksa ditutup akibat kilang penapisan gula itu kurang mendapat keuntungan.
![DBKL tegas untuk uruskan sepenuhnya bazar Ramadan - Khalid DBKL tegas untuk uruskan sepenuhnya bazar Ramadan - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61549782529_DBKLkhalidsamad.jpg)
DBKL tegas untuk uruskan sepenuhnya bazar Ramadan - Khalid
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata beliau percaya dasar baharu itu akan memberi peluang sama rata kepada semua peniaga selain menghapuskan monopoli dan budaya 'ali baba' dalam sektor itu
![Dasar baharu bagi FDI akan diumumkan - MITI Dasar baharu bagi FDI akan diumumkan - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535528440_OngKianMing.jpg)
Dasar baharu bagi FDI akan diumumkan - MITI
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming, dasar itu akan merangkumi dasar pelaburan pusat data dan e-dagang.
![Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61484813906_AbangJohari.jpg)
Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula
Sarawak memperkenalkan dasar baharu penempatan semula bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berpindah ke kawasan baharu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.