Darurat bencana jerebu di Muar dan Ledang pada semalam telah ditarik balik hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan, penarikan balik perintah darurat itu berkuat kuasa pada petang Isnin.

Tindakan itu diambil berdasarkan Indeks Pencemaran Udara, (IPU) di dua daerah di Johor itu beransur pulih.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri bagaimanapun berkata agensi kerajaan persekutuan, negeri dan daerah yang terlibat perlu sentiasa mempergiatkan tindakan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam terpelihara.

Pada Ahad, kerajaan mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang selepas jerebu mencatatkan paras kritikal dengan bacaan IPU hampir mencecah 800.

Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.