ALOR SETAR:Tiada lagi skuad Kenari, tiada lagi Lang Merah, sebaliknya, pasukan bola sepak Kedah akan menggunakan Darul Aman FC (DFC) sebagai nama rasmi pasukan berkenaan selepas proses penswastaan berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemilihan berkenaan dibuat bagi mengelakkan penggunaan nama yang sama dengan sebuah syarikat makanan segera sedia ada.
Menurut Sanusi, pasukan Darul Aman FC juga akan menggunakan logo baharu yang dipilih sendiri oleh beliau dan telah didaftarkan dalam proses penswastaan yang dibuat sebelum ini.
Sanusi berkata, logo berkenaan akan merangkumi beberapa item yang melambangkan negeri Kedah termasuk lambang bunga padi dan warna rasmi Hijau Kuning.
"Bila kita fikir-fikir Kedah Footbal Club akan jadi KFC, (kita) tidak mahu jadi ayam goreng, nak elak daripada ayam goreng kita namakan Darul Aman FC (DFC), masih guna warna yang sama, lagu yang sama, hijau kuning, kita boleh bersorak sama, logo kena lain, DFC kena ada logo sendiri lah," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Sanusi menjelaskan, ketika ini KFA masih memegang sepenuhnya pemilikan Darul Aman FC dan turut mengalukan-alukan kerjasama mana-mana pihak termasuk Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) dalam memiliki saham didalam DFC.
Tambahnya, pihaknya juga akan menjalankan rundingan dengan beberapa pihak yang berminat dalam masa terdekat selain mengharapkan pihak berkenaan perlu mengemukakan bukti kedudukan dana yang dimiliki.
Sebelum ini, Kedah menjadi pasukan terbaharu yang berjaya melengkapkan proses pemisahan dari Persatuan Bolasepak (FA) kepada Kelab Bolasepak (FC) seperti ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum 30 September.
Rabu lalu, FAM mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab, yang turut merangkumi proses pemisahan daripada persatuan bola sepak (FA) ke kelab bola sepak (FC).
Kesemua 12 pasukan berkenaan adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Sarawak United FC, Petaling Jaya City FC, Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan United FC, Melaka, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.
Selangor, Kelantan dan Felda United FC merupakan tiga pasukan yang sedang memasuki peringkat akhir proses itu, manakala Pahang, Pulau Pinang dan Kedah masih dalam peringkat pertengahan proses.
Abd Hadi Che Awang
Wed Sep 30 2020

Pasukan Darul Aman FC juga akan menggunakan logo baharu yang dipilih sendiri oleh Menteri Besar dan telah didaftarkan dalam proses penswastaan yang dibuat sebelum ini. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Darul Aman FC dipilih sebab tidak mahu jadi ayam goreng" - MB Kedah
Tiada lagi skuad Kenari, tiada lagi Lang Merah, sebaliknya, pasukan bola sepak Kedah akan menggunakan Darul Aman FC (DFC).