Di Malaysia Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga dengan menarik balik keluaran khusus produknya.

Syarikat itu bagaimanapun memaklumkan produk yang diuji dan dijual setakat ini bebas pencemaran.

Dalam pada itu, hampir kesemua produk termasuk Dumex Dupro Step 2, Mamex Cherish Step 1, Mamex Explore Step 2 dan Bebelac Step 2 sudah pun dikosongkan dari rak pasar raya.

Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan menegaskan keselamatan pengguna menjadi keutamaannya yang membabitkan sistem pengurusan keselamatan, kualiti makanan dan prosedur pengujian produk.

Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat selanjutnya daripada talian pengguna di 1-800-381-038.

Penarikan produk itu berikutan pengeksport produk tenusu terbesar dunia dan syarikat multinasional terkemuka New Zealand menyatakan beberapa ramuan yang dibekalkan kemungkinan telah dicemari.