KUALA LUMPUR:Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menyalurkan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM1.3 juta kepada Zoo Negara pada Jun lepas.
Menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan, dana yang disalurkan itu bertujuan membantu menampung kos menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar bagi menghadapi kesan pandemik COVID-19.
KeTSA juga, kata beliau, telah melaksanakan beberapa tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan hidupan liar di semua Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) terus terpelihara.
Antaranya, menurut Shamsul Anuar, menyediakan peruntukan sebanyak RM10.2 juta di bawah program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas yang bertujuan meringankan bebanan kos operasi premis berkenaan.
"Sebanyak 21 ZPT telah mengemukakan permohonan dan dana telah disalurkan secara berperingkat bermula Mei 2020. Selain itu, memanjangkan secara spesifik diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).
"Mengedar 15 tan barang sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada premis ZPT dan menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT khususnya dalam pengurusan husbandri (husbandry)," katanya dalam kenyataan itu.
BACA: Zoo Negara kembali alami krisis kewangan, tabung kecemasan bertahan tiga bulan
BACA: Tengah hari dapat tahu, petang itu juga Ebit Lew hulurkan bantuan kepada Zoo Negara
Beliau berkata demikian susulan tular dalam media massa dan media sosial yang mengundang persoalan daripada masyarakat berhubung peranan kerajaan bagi mengatasi masalah kegiatan ekonomi pengendali ZPT yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
KeTSA telah melaksanakan beberapa tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan hidupan liar di semua Zoo dan Pameran Tetap terus terpelihara. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.
Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri
Kelulusan RM5 juta itu juga ditambah dengan dana terkumpul menerusi program CSR oleh syarikat terlibat berjumlah RM5 juta.
Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.
NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang.
Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi
Dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di negara ini iaitu Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang ke China, semalam.
Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya
Azrennizam memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses pemunggahan.
Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.
UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara
Usaha bersama Zoo Negara itu adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memelihara kesejahteraan haiwan.