KUCHING: Cadangan menubuhkan dana kekayaan berdaulat akan memberi manfaat kepada Sarawak terutamanya bagi menjana lebihan dana untuk keadaan yang memerlukan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata cadangan dana itu yang dijangka dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan depan, juga akan diuruskan secara profesional.
Beliau berkata menerusi dana itu Sarawak melihat kepada usaha menyediakan pendidikan berkualiti dan percuma kepada anak Sarawak serta untuk menghantar bakat muda ke universiti terkemuka dunia untuk mencari ilmu dan kemahiran.
"Bakat ini adalah penting dan saya menjangkakan mereka untuk menjadi 'bijak dan tangkas' serta mampu memberitahu kami apa yang perlu dibuat dan menyumbang kepada kemajuan dan kelestarian jangka panjang Sarawak," kata beliau dalam ucapannya pada majlis makan malam ulang tahun kelima The Development Bank of Sarawak (DBOS) di sini malam tadi.
Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak juga menghantar pasukan ke Norway, Singapura dan London untuk mengkaji model terbaik untuk pelaksanaan dana kekayaan itu.
"Dana kekayaan kita akan berasaskan 'Prinsip Santiago' dan akan diuruskan secara profesional oleh lembaga pengarah daripada profesion dan latar belakang berbeza," katanya.
Sementara itu Abang Johari berkata DBOS ditubuhkan pada Mei 2017, empat bulan selepas beliau menjadi Ketua Menteri pada Jan 2017.
Beliau berkata DBOS dilancarkan dengan modal berbayar RM500 juta daripada dana rizab Sarawak dan diberikan mandat untuk membiayai projek prasarana strategik di bawah Pelan Transformasi Negeri.
"Sarawak mempunyai tanah yang luas dan bagi memenuhi aganda pembangunannya akan memerlukan pelaburan modal yang besar. Sarawak perlu mengawal pembangunannya dan tidak membiarkan pihak lain menjalankannya untuk kita," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak juga menghantar pasukan ke Norway, Singapura dan London untuk mengkaji model terbaik untuk pelaksanaan dana kekayaan itu. - Gambar fail
Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi yang perlu diambil dengan kadar segera.
Semua pihak perlu bekerjasama tangani banjir - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beberapa pendekatan perlu dilaksanakan antaranya penyelenggaraan parit-parit di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 170.5 km yang dijalankan secara berkala dengan skop utama pembersihan kelodak dan tumbuh-tumbuhan di dalam parit.
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
JPBD Sibu fokus usaha hantar bantuan makanan di Sibu
AWANI Borneo menyertai operasi khas penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di luar bandar Sibu, yang diketuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu
JBPM terima lebih 900 panggilan kecemasan di Sabah, Sarawak
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata panggilan yang paling tinggi diterima di Sarawak dengan 550 panggilan
Bekas Presiden Peka gagal rayuan ketepi tuduhan duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran
Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Presiden Peka Shariffa Sabrina Syed Akil untuk mengetepikan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran.
Pantau Agenda Reformasi: Kualiti ahli Parlimen berbahas
Sejauh mana ahli parlimen perlu menjunjung kasih titak YDPA supaya memastikan Dewan Rakyat adalah medan untuk semak dan imbang sekali gus memberi manfaat kepada rakyat?
Banjir Sarawak: Mangsa banjir di PPS mula menurunAK
Laporan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir MTL Negeri Sarawak pada jam 4 petang Selasa memaklumkan jumlah mangsa turun kepada kepada 6,259 orang berbanding 9,191orang pada sebelah tengahari.
Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak
Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak
Sifat kebijaksanaan, gerak hati dan transformasi yang menjadi simbolik Tahun Ular menurut kalendar Cina, wajar dihayati oleh rakyat Sarawak untuk memacu agenda pembangunan negeri.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy
Nancy berkata pengiktirafan itu secara tidak langsung memperkenalkan Sarawak dan menjadi perhatian masyarakat peringkat antarabangsa.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.