JAKARTA: Seorang lelaki dikenali sebagai Marno yang melarikan diri daripada polis daerah Riau atas tuduhan mengedar dadah telah ditahan di Malaysia, lapor media Indonesia, pada Selasa.
Marno dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 411 kilogram yang dirampas Polis Riau.
"Sejumlah 62 kilogram methamphetamine ditemukan bersama suspek ketika ditahan oleh Polis Johor," kata pengarah narkotik polis daerah Riau, Pesuruhjaya Yos Guntur, lapor media dalam talian.
Beliau menegaskan bahawa penahanan itu adalah bukti kerjasama erat antara Polis Malaysia dan Polis Riau dalam menangani sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.
Polis daerah Riau merampas 290 kg methamphetamine semasa operasi awal tahun ini, termasuk 121 kg methamphetamine pada 2022 yang dikaitkan dengan kumpulan pengedaran dadah Marno.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
![Dalang sindiket dadah di Riau, Indonesia ditahan polis Malaysia Dalang sindiket dadah di Riau, Indonesia ditahan polis Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Seorang lelaki dikenali sebagai Marno yang melarikan diri daripada polis daerah Riau atas tuduhan mengedar dadah telah ditahan di Malaysia, lapor media Indonesia, pada Selasa. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Dalang sindiket dadah di Riau, Indonesia ditahan polis Malaysia Dalang sindiket dadah di Riau, Indonesia ditahan polis Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Dalang sindiket dadah di Riau, Indonesia ditahan polis Malaysia
Seorang lelaki dikenali sebagai Marno yang melarikan diri daripada polis daerah Riau atas tuduhan mengedar dadah telah ditahan di Malaysia, lapor media Indonesia, pada Selasa.