NILAI: Polis membuka 12 kertas siasatan berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan golongan kenamaan (VIP) setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, tiga kes masih dalam siasatan manakala dua dikategori sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atas alasan melakukan tugas rasmi selain mengikut SOP ditetapkan.
"Selebihnya telah dikompaun dan (mereka yang terlibat) telah membayarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di sini hari ini.
Huzir berkata antara dakwaan pelanggaran SOP melibatkan program berbasikal yang dirasmikan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, rentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan dan lawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke kem tentera di Sendayan.
Turut disiasat, kata Huzir ialah, kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa tidak mengimbas kod MySejahtera dan merekodkan suhu badan di sebuah restoran pada 19 Mac lepas.
Kertas siasatan itu, bagaimanapun, kata beliau, masih berada dengan Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang JSJ Bukit Aman.
Huzir berkata, bagi program berbasikal dirasmikan Zuraida yang didakwa melanggar SOP, Ketua Polis Daerah Brickfields mengesahkan aktiviti itu dianjurkan mengikut kebenaran dan mematuhi SOP.
"Berhubung kes lawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke sebuah kem tentera di Sendayan, kami akan merakam (percakapan) penganjur majlis itu... itu adalah lawatan rasmi tapi kerana sudah ada laporan, kami akan rakam (percakapan)," katanya.
Bagi kes beberapa VIP merentas negeri dari Lembah Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan pada 14 Mac lepas, beliau berkata polis merakam percakapan pengurusan hotel yang menjadi lokasi majlis itu semalam selain akan turut merakam kenyataan pihak lain dalam waktu terdekat.
Huzir juga berkata kadar jenayah indeks di negara ini tahun lepas menunjukkan penurunan sebanyak 24 peratus iaitu 65,623 kes berbanding 83,475 kes pada 2019 dan antara faktor penurunannya ialah pelaksanaan PKP.
"Semasa PKP, pergerakan terhad selain kehadiran ramai anggota penguatkuasa termasuk polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di merata-rata tempat serta operasi tidak henti-henti," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Menurut Datuk Huzir Mohamed, tiga kes VIP masih dalam siasatan manakala dua dikategori sebagai tiada tindakan lanjut atas alasan melakukan tugas rasmi selain mengikut SOP ditetapkan. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Dakwaan VIP langgar SOP: 12 kertas siasatan dibuka termasuk babit Ismail Sabri, Zuraida, Najib
Polis membuka 12 kertas siasatan berhubung isu pelanggaran SOP PKP membabitkan golongan kenamaan atau VIP setakat ini.