Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said menafikan dakwaan kononnya beliau sengaja meletakkan dua syiling ditemui di Pulau Nangka bagi tujuan meraih penyambungan kontrak yang sepatutnya berakhir 30 April lalu.
Menurutnya, syiling berkenaan ditemui ketika kerja-kerja pengerudian bongkah batu yang menjadi lokasi tumpuan pencarian.
Malah katanya, ketika ia ditemui turut disaksikan banyak pihak termasuk para media dan juga wakil Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Sejak dua syiling berkenaan ditemui pada malam 30 April lalu, ia menerima banyak maklum balas dari pelbagai pihak di laman sosial yang meragui kesahihannya.
Malah ada yang berpendapat syiling seumpama itu mudah diperolehi dan banyak dijual di internet.
Mohammad Foad berkata, dua bahan yang ditemui berkenaan sudahpun diserahkan kepada pihak PERZIM untuk memutuskan kesahihannya dan keputusan ujian makmal akan menentukan sama ada ia benar-benar dari kawasan berkenaan atau pun sebaliknya.
Dalam pada itu, Mohammad Foad turut menafikan beberapa gambar harta karun yang tersebar di internet kononnya ditemui di Pulau Nangka sewaktu kerja-kerja pencarian.
Beliau turut bertegas setakat ini hanya dua keping syiling ditemui sepanjang tempoh pencarian dan gambar yang tersebar di internet itu adalah tidak benar.
Astro Awani
Mon May 05 2014

Syiling lama yang ditemui pada 30 April. -Gambar Fail

KPN sasar lebih banyak RT Progresif, peruntukan RM20 juta
Tahun ini, KPN peruntuk RM20 juta geran bagi RT Progresif dan setakat ini terdapat lebih 100 RT Progresif di seluruh negara.
Kali keenam, Ismail Sabri sambung rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, kehadiran kali keenam bagi tujuan merakam percakapan berhubung siasatan dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
Johor dan Sarawak makin baik, angka di Sabah meningkat
Kemas kini portal Info Bencana JKM maklumkan banjir di Johor dan Sarawak makin baik tetapi angka mangsa yang dipindahkan di Sabah meningkat sedikit pada pagi Isnin berbanding malam tadi.

Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran
Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya dan amaran sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku.

GP F1 China: Piastri bangkit gemilang
Kemenangan itu turut disempurnakan oleh rakan sepasukan McLaren, Lando Norris, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Butik komuniti tawar pakaian raya percuma kepada golongan memerlukan
Butik komuniti yang dikendalikan PVAC itu menerima sumbangan pakaian baharu dan terpakai dalam keadaan baik daripada pelbagai pihak.

5,000 anak Pahang dapat baucar petrol, diesel untuk pulang beraya
Program berkenaan yang memasuki tahun kedua penganjuran bertujuan menggalakkan anak Pahang pulang menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

GP F1 China: Penyertaan Leclerc, Hamilton dibatalkan
Kereta mereka gagal pemeriksaan teknikal selepas perlumbaan pada Ahad.

Jawatankuasa RTG lebih kecil, umum minggu hadapan - Hannah
Mesyuarat pertama jawatankuasa baharu dijadual selepas Aidilfitri bagi memuktamad senarai atlet yang akan terima fasiliti dan sokongan tambahan.

Dua penuntut sekolah pondok maut kereta dinaiki terbabas
Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73, di Hospital Temerloh.

Unit MN Holdings raih kontrak bernilai RM58.20 juta daripada TNB
Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM58.2 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Amad Diallo sambung kontrak dengan Manchester United
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dengan enam gol dan tujuh bantuan jaringan.

Harry Maguire positif rundingan kontrak baru di Manchester United
Pemain pertahanan itu memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.

Salah setuju kontrak dua tahun
Satu kesepakatan dilaporkan telah dicapai kedua-dua pihak yang akan memberi kelegaan besar kepada jutaan peminat The Reds di seluruh dunia.

Wan Nadiah didapati bersalah selepas siasatan domestik TMC Life Sciences
Syarikat penyedia penjagaan kesihatan itu berkata lembaga pengarahnya kini akan menentukan tindakan tatatertib yang sesuai terhadap Wan Nadiah.

Kim Swee tidak sambung kontrak bersama Sabah FC
Aksi pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia menentang PT Athtelic FC pada 23 Nov, merupakan perlawanan terakhir Kim Swee selaku pengendali Sang Badak.

Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.

Manchester United sambar Zirkzee
Zirkzee bersetuju menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu termasuk pilihan lanjutan 12 bulan lagi.

Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford
Raya menyertai The Gunners menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim tahun lalu dengan nilai pinjaman sebanyak £3 juta.