Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan sebuah syarikat yang baru lima bulan beroperasi dan tanpa sebarang profil namun dikatakan telah diberikan tanah seluas 400 hektar.
Ketua gabungan itu, Thomas Su Keong Siong berkata 'syarikat dua ringgit' dengan dua orang individu pemegang saham tersebut telah diberikan tanah berkenaan di dua kawasan iaitu Kledang Saiong dan Bukit Kinta untuk projek pembangunan ladang hutan dalam hutan simpan.
Beliau menyifatkan isu berkenaan sebagai satu perkara yang tidak betul dan memerlukan campur tangan SPRM bagi mengesan salah laku dalam transaksi berkenaan.
"Jadi apa yang kami nak tahu sekarang bilakah syarikat ini memohon permit, sebab ia baru lima bulan beroperasi dan kenapa kelulusan premit ini diberi kepada syarikat ini dan bukan syarikat lain.
"Isu lebih penting lagi ialah Menteri Besar tidak tahu bila tanah ini dikeluarkan sebagai status hutan simpan... dia (Ahmad Faizal) perlu jawab kerana bagi kami hutan simpan perlu dikekalkan.
"Ia menimbulkan keraguan kepada rakyat Perak dan saya menerima banyak panggilan berhubung isu ini," dakwanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di perkarangan bangunan SPRM di Meru Raya, di sini pada Isnin.
Thomas juga berkata, beliau hairan ramai petani di kawasannya yang telah mengusahakan tanaman di tanah kerajaan berpuluh-puluh tahun, namun mereka gagal mendapat lot tanah.
"Apa yang berlaku sekarang, semua tanah diberikan kepada MB Inc, SADC dan agensi kerajaan lain, jadi kenapa petani yang telah berusaha sekian lama tidak mendapat tanah sedangkan syarikat baru lima bulan dapat," katanya dan menambah perkara ini perlu ditangani segera.
Katanya lagi, di bawah kerajaan 'Malaysia Baharu', semua perkara lama yang berlaku di bawah kerajaan lama tidak boleh diterima lagi dan penting untuk kerajaan Perak meneliti semula polisi pemberian tanah sedemikian.
"Ini penting kerana bagi saya pemberian 400 hektar tanah ini untuk tempoh 50 tahun dan ia diperbaharui setiap tahun. Saya menggesa Menteri Besar ambil tindakan hentikan segala aktiviti syarikat ini.
"Sekiranya ada kawasan yang belum diteroka dalam 400 hektar ini... ia perlu dihentikan demi memelihara hutan simpan," katanya.
Aida Aziz
Mon Feb 11 2019
![Dakwaan 'syarikat dua ringgit' dapat tanah 400 hektar, NGO Perak lapor SPRM Dakwaan 'syarikat dua ringgit' dapat tanah 400 hektar, NGO Perak lapor SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549870462_NGOperak.jpg)
Thomas Su Keong Siong bercakap kepada petugas media di perkarangan bangunan SPRM di Meru Raya, di sini pada Isnin. - Astro AWANI
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717045680_tbAbdulRahmanAyub.jpg)
Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah
Faktor utama nahas helikopter TLDM 23 April lalu adalah akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.
![Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716542368_tbIranianRedCresce.jpg)
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei).
![PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673074741_TBSIDANGMEDIALETUPAM.jpg)
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
![Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713841774_kahwinsenyapjpg.jpg)
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Dua wanita berstatus isteri di Indonesia kini menjadi tular, gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.
![Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704540420_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard
Polis berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
![Polis siasat dakwaan wanita diperlekeh ketika buat laporan Polis siasat dakwaan wanita diperlekeh ketika buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695810285_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita diperlekeh ketika buat laporan
Polis menyiasat isu tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita diperlekeh anggota pasukan keselamatan itu ketika membuat laporan di Ipoh, tengah malam tadi.
![PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694184534_TBkamarulzaman.jpg)
PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.
![Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694086004_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras
Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.
![Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694077811_SeriNancyShukri.jpg)
Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dengan gangguan seksual supaya tampil atau membuat laporan.
![[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat [KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675670339_generickomputerl.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.