Dakwaan bahawa kerajaan negeri masih belum melantik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ketua kampung adalah tidak benar, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan.
Beliau berkata lebih daripada 90 peratus pelantikan ketua daerah, ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri, MPKK, ketua kampung serta ketua masyarakat Cina telah pun dilakukan.
"Daripada 3,965 kekosongan jawatan tersebut, sebanyak 3,430 telah pun diisi dan semua yang dilantik telah menjalankan tugas masing-masing. Oleh itu, untuk mendakwa kerajaan masih belum melantik pengerusi MPKK dan Ketua Kampung adalah pembohongan nyata," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Kebudayaan Rumpun Dayak Sabah, Cleftus Mojingol hari ini yang mendakwa kerajaan Sabah belum melantik MPKK dan ketua kampung di negeri ini.
Mengulas lanjut, Hashim berkata bagaimanapun ada beberapa jawatan berkenaan yang masih kosong kerana individu yang dilantik menolak tawaran atas sebab tertentu, manakala sebahagiannya lambat memberikan jawapan.
"Meskipun begitu, pengganti mereka telah dicari dan akan mula bertugas tidak lama lagi. Terdapat juga beberapa keadaan di sesetengah daerah yang sebelum ini mempunyai dua ketua daerah. Amalan tersebut bagaimanapun telah dihentikan," katanya.
Menjawab dakwaan bahawa kerajaan tidak membayar gaji pemimpin akar umbi, beliau berkata hampir kesemua lantikan telah menerima gaji dan tunggakan masing-masing.
Bagaimanapun, katanya ada daripada mereka yang belum menerima bayaran kerana gagal memberikan maklumat lengkap termasuk akaun bank dan menyukarkan pembayaran.
"Kumpulan ini juga akan dibayar penghujung bulan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 10 2019
Dakwaan bahawa kerajaan negeri masih belum melantik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ketua kampung adalah tidak benar, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan. Foto: Bernama
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.

Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Mangsa banjir Perak meningkat, dua PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Dakwaan Sabah belum lantik MPKK, ketua kampung tidak benar
Dakwaan bahawa kerajaan negeri masih belum melantik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ketua kampung adalah tidak benar, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan.