Dakwaan pembalakan berdasarkan gambar serta video memaparkan sebuah lori dan bot tunda dengan muatan balak di kawasan Sungai Pegagau di sini akan disiasat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Katanya jika benar berlaku, aktiviti itu adalah salah di sisi undang-undang memandangkan selepas Sabah ditadbir kerajaan baharu, tiada syarikat konsesi diberikan hak eksport berkaitan kayu balak di negeri tersebut.
"Kes di Pegagau ini kita akan siasat siapa yang bagi lesen, kita akan tengok dari segi kebenarannya.
"Jika ada pun (pembalakan), itu pemerintahan dahulu (Barisan Nasional), konsesi mereka yang dibagi dahulu dan kebetulan berlaku (di Semporna)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersempena Tahun Baharu Cina di kediaman Uncle Chang di sini, hari ini.
Shafie mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah Ghazalie Ansing yang menuntut penjelasan kerajaan negeri berkaitan gambar lori dan bot tunda yang dipenuhi kayu balak di jeti Sungai Pegagau di sini.
Gambar itu dimuat naik oleh Ghazalie menerusi akaun Facebooknya hari ini dan tular.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri hanya membenarkan Yayasan Sabah menguruskan hal ehwal berkaitan kayu balak di Sabah.
"Saya tidak pernah bagi lesen kepada mana-mana pihak dan kalau ada (syarikat) konsesi balak kita bagi dengan Yayasan Sabah kerana saya mahu yayasan mempunyai duit dan hasilnya kita bantu anak-anak belajar bukan hanya sekolah dalam negara tetapi di luar negara," katanya.
Tegasnya kerajaan negeri juga sudah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Perhutanan Sabah agar melakukan siasatan berhubung sebarang kegiatan pembalakan haram di seluruh negeri.
"Misalnya, saya tahu bila pergi Nabawan menaiki helikopter (ternampak) kayu balak di atas bukit, saya terus bagi arahan pada Jabatan Perhutanan siasat berkaitan pembalakan haram ini," katanya.
Pada masa sama beliau menyifatkan tindakan pembangkang memainkan isu tersebut sebagai perkara biasa dalam politik.
Terdahulu Mohd Shafie meluangkan masa bersama jentera Parti Warisan Sabah Bahagian Semporna menyerahkan sumbangan limau mandarin kepada premis-premis perniagaan di pekan Semporna di samping mengunjungi rumah-rumah masyarakat cina.
Bernama
Thu Feb 07 2019
![Dakwaan pembalakan di Semporna akan disiasat - Shafie Dakwaan pembalakan di Semporna akan disiasat - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475941199_DSShafieApdal.jpg)
SHAFIE: Kes di Pegagau ini kita akan siasat siapa yang bagi lesen, kita akan tengok dari segi kebenarannya. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![1 maut, 2 cedera selepas bot tunda karam di perairan Singapura 1 maut, 2 cedera selepas bot tunda karam di perairan Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725488309_EasternanchorageS.jpg)
1 maut, 2 cedera selepas bot tunda karam di perairan Singapura
Seorang lelaki berusia 39 tahun maut manakala seorang lagi hilang selepas bot tunda yang mereka naiki karam di Eastern Anchorage.
![Bot tunda ditahan di Pulau Burung Labuan Bot tunda ditahan di Pulau Burung Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664293318_MaritimMalaysia.jpg)
Bot tunda ditahan di Pulau Burung Labuan
Bot tunda itu dikendalikan oleh tujuh kru dan kesemuanya mereka warganegara Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.
![Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650034778_Gagalkemukadokumen.jpg)
Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 0.3 batu nautika timur Pulau Pangkor pagi tadi.
![Bekas pengarah syarikat didenda RM6,000 guna radio marin tidak diakui Bekas pengarah syarikat didenda RM6,000 guna radio marin tidak diakui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624340648_JUDGE.jpg)
Bekas pengarah syarikat didenda RM6,000 guna radio marin tidak diakui
Perbuatan itu terbongkar selepas pasukan polis marin melakukan operasi di sekitar perairan Tanjung Gemok (Teluk Gading) di Rompin pada hari kejadian.
![Bot tunda dari Singapura ditahan, gagal pamer insurans, tiada kebenaran bersauh Bot tunda dari Singapura ditahan, gagal pamer insurans, tiada kebenaran bersauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636088307_bottunda.jpg)
Bot tunda dari Singapura ditahan, gagal pamer insurans, tiada kebenaran bersauh
Bot tunda itu ditahan dalam satu operasi di kedudukan 5.5 batu nautika timur Tanjung Penawar pada jam 8.45 pagi.
![Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634429364_MaritimMalaysiaPu.jpg)
Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang
Bot tunda berserta tongkang dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda terdiri daripada dua warga tempatan, dua warga Bangladesh dan tiga warga Indonesia.
![Mayat jaket merah ditemui terapung Mayat jaket merah ditemui terapung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610839040_mayatjaketmerah.jpg)
Mayat jaket merah ditemui terapung
Mayat berkenaan ditemui terapung penduduk setempat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
![Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610809465_NelayanHilang.jpg)
Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang
Dalam kejadian membabitan bot nelayan kira-kira jam 4 pagi itu, dua mangsa dilaporkan selamat, manakala dua lagi masih hilang.
![Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610718890_keptenbottundahil.jpg)
Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang
Dia berenang selama lebih tujuh jam untuk sebelum ternampak tongkang yang sebelum itu ditunda oleh bot mereka yang dihanyutkan ombak.
![Dakwaan pembalakan di Semporna akan disiasat - Shafie Dakwaan pembalakan di Semporna akan disiasat - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475941199_DSShafieApdal.jpg)
Dakwaan pembalakan di Semporna akan disiasat - Shafie
Tiada syarikat konsesi diberikan hak eksport berkaitan kayu balak di negeri tersebut.