KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa negara berisiko kehilangan kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi antaranya akibat aktiviti pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang melibatkan komitmen kementerian untuk mengekalkan 50 peratus litupan kawasan berhutan di negara ini.
"Ketika ini litupan kawasan berhutan di negara ini 54.58 peratus, kita tahu ada cabaran (melindungi hutan) di beberapa kawasan, namun kita bekerja keras untuk melindunginya.
"Dakwaan ini kita kaji dan kementerian akan respons (keluarkan kenyataan) dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno sempena International Humanitarian Conference 2024 anjuran Mercy Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan badan pemerhati RimbaWatch hari ini bahawa negara berisiko kehilangan 14 hingga 16 peratus hutan semula jadi susulan aktiviti pembalakan, penerokaan bagi pembukaan ladang kelapa sawit, projek tenaga hidro dan juga nyahwarta hutan simpan.
Laporan sama juga mendakwa bahawa litupan hutan semula jadi di negara ini sudah jatuh ke paras 46.97 peratus sejak dua tahun lepas.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata kementeriannya sedang merangka Rang Undang-Undang Perubahan Iklim dan Pelan Adaptasi Kebangsaan yang dijangka dibentang pada sesi Parlimen tahun hadapan.
"Sekarang kita sudah mulakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri, NGO (badan bukan kerajaan) dan di peringkat kementerian, kita akan lalui semua proses (yang perlu) termasuk pergi ke Jabatan Peguam Negara untuk draf Rang Undang-Undang ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Nik Nazmi berucap di sidang pleno sempena International Humanitarian Conference 2024 anjuran Mercy Malaysia di sini hari ini. - Foto Bernama
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Dakwaan negara bakal kehilangan 3.2 juta hektar hutan semula jadi diteliti - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa negara berisiko kehilangan kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi.