Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal tohmahan sesetengah pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal.
Sebaliknya, hasil inisiatiaf kerajaan terutama dalam menangani ketidaktentuan ekonomi memastikan negara mampu bersaing dan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Antara inisiatif berkenaan termasuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, mengurangkan kebergantungan ekonomi terhadap pendapatan minyak dan gas, menyediakan persekitaran kondusif meningkatkan perdagangan serta memperkukuh keupayaan inovasi dan teknologi.
"Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif semua sektor ekonomi sentiasa berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat domestik dan global bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh.
"Kejayaan ini ternyata menyangkal tohmahan kononnya Malaysia adalah 'a failed state' atau sebuah negara yang gagal, sebaliknya kerajaan telah menyediakan pelan transfomasi nasional untuk mengangkat Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Dewan Rakyat.
Ahmad mahu tahu tahap kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula bahawa ekonomi dunia juga kembali mantap.
Namun, katanya, pencapaian sepenuhnya bergantung kepada persekitaran dalaman dan luaran yang positif.
Walaupun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka kembali pulih, Malaysia tetap terdedah kepada beberapa risiko pada peringkat global seperti ketidaktentuan dasar negara-negara maju, votaliti pasaran kewangan dan peningkatan sentimen perindungan perdagangan, harga minyak serta risiko geopolitik.
"Namun begitu, pelan ekonomi kerajaan yang berpandangan jauh serta langkah proaktif kerajaan dalam melaksanakan keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghdapi cabaran luar," kata beliau lagi.
Tambahnya, ia terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 5.6 peratus bagi suku pertama 2017.
"Prestasi KDNK ini disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta. Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 12.9 peratus, manakala penggunaan swasta meningkat 6.6 peratus," ujarnya.
Sementara itu, menjawab soalan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu tahu mengenai situasi hutang negara ketika ini, Perdana Menteri menjelaskan hutang negara dalam keadaan terkawal.
"Hutang negara dalam lingkungan terkawal, malah telah dapat dikurangkan daripada 54 peratus KDNK pada 52.5 peratus dan fiskal negara telah dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus kepada insyaAllah 3 peratus pada akhir tahun ini," kata Perdana Menteri.
Rahimah Abdullah
Wed Aug 02 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.