KUALA MUDA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam ini, bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Individu bergelar Datuk itu akan dipanggil ke IPD Kota Setar, malam ini untuk dirakam keterangan," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, tanpa menyebut nama Mahfuz.
Beliau berkata, sehingga kini, beberapa individu yang terdapat di dalam gambar yang tular berkaitan kes itu telah dirakam keterangan mereka.
"Polis telah mengenal pasti beberapa orang terutama di dalam gambar tersebut dan kita akan panggil mereka semua ini untuk diambil keterangan," katanya.
BACA: Ahli Parlimen didakwa langgar SOP, polis Kedah buka kertas siasatan
BACA: Dakwaan langgar SOP: Mahfuz minta polis segerakan siasatan keatasnya
Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar SOP PKP.
Menerusi gambar yang tular itu, Ahli Parlimen terbabit dikatakan sedang duduk di atas meja sambil bersila dan minum teh ketika satu program bantuan.
Mahfuz kemudian tampil mengeluarkan kenyataan, meminta polis menyegerakan siasatan ke atas beliau dan menegaskan tidak mahu imej pasukan polis terjejas jika melambat-lambatkan siasatan.
Katanya, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya jika dipanggil untuk memberi keterangan.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, polis membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.
Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan kejayaan tangkapan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jul 06 2021
![Dakwaan langgar SOP: Mahfuz beri keterangan kepada polis malam ini Dakwaan langgar SOP: Mahfuz beri keterangan kepada polis malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625572987_TBMahfuzOmar.jpg)
Mahfuz dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam ini. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Rayuan MB Kedah dalam kes saman fitnah ditangguhkan Rayuan MB Kedah dalam kes saman fitnah ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661254598_Sanusi.jpg)
Rayuan MB Kedah dalam kes saman fitnah ditangguhkan
Pihak mahkamah tidak dapat mendengar rayuan hari ini memandangkan mereka perlu menghadiri mesyuarat pada pukul 3 petang ini.
![Mahfuz Omar menang saman fitnah, peroleh ganti rugi RM50,000 Mahfuz Omar menang saman fitnah, peroleh ganti rugi RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/41555759927_TBMahfuzOmar.jpg)
Mahfuz Omar menang saman fitnah, peroleh ganti rugi RM50,000
Mahkamah memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah.
![Dakwaan langgar SOP: Mahfuz beri keterangan kepada polis malam ini Dakwaan langgar SOP: Mahfuz beri keterangan kepada polis malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625572987_TBMahfuzOmar.jpg)
Dakwaan langgar SOP: Mahfuz beri keterangan kepada polis malam ini
Sehingga kini, beberapa individu yang terdapat di dalam gambar yang tular berkaitan kes itu telah dirakam keterangan mereka.
![Undi belah bahagi Belanjawan 2021: 'Saya mohon maaf, sedia dihukum' - Salahuddin Undi belah bahagi Belanjawan 2021: 'Saya mohon maaf, sedia dihukum' - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/71575436502_salahuddinayub.jpg)
Undi belah bahagi Belanjawan 2021: 'Saya mohon maaf, sedia dihukum' - Salahuddin
Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
![Pas buka ruang kepada Mahfuz untuk kembali tetapi... Pas buka ruang kepada Mahfuz untuk kembali tetapi...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521279934_mahfuzomar.jpg)
Pas buka ruang kepada Mahfuz untuk kembali tetapi...
Pas yang merupakan parti politik matang membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk kembali ke pangkuan parti itu, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.
![Pas bentang manifesto PRU14 esok Pas bentang manifesto PRU14 esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494744699_HashimJasin.jpg)
Pas bentang manifesto PRU14 esok
Pas Pusat akan membentangkan sembilan teras utama merangkumi isu Pendidikan, sosial dan kesejahteraan rakyat dalam manifesto parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).
![Mahfuz disaran letak jawatan ahli parlimen, dikhuatiri gajinya haram Mahfuz disaran letak jawatan ahli parlimen, dikhuatiri gajinya haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81514796791_TakiyuddinMahfuz.jpg)
Mahfuz disaran letak jawatan ahli parlimen, dikhuatiri gajinya haram
Datuk Mahfuz Omar disaran melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Pokok Sena selepas menghantar surat pemberhentian menjadi ahli Pas kerana dibimbangi pendapatannya sebagai wakil rakyat adalah haram.
![Arakan Myanmar Bosnia Asia: Hentikan 'Genocide Halal' Arakan Myanmar Bosnia Asia: Hentikan 'Genocide Halal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479808566_kebakaran.jpg)
Arakan Myanmar Bosnia Asia: Hentikan 'Genocide Halal'
Suasana di Arakan dilaporkan semakin getir apabila tentera Myanmar semakin menggila dan meracau terutama di daerah Maungdaw dan merebak hingga keseluruhan Arakan.
![Mahfuz akan jawab bila terima surat lantikan Mahfuz akan jawab bila terima surat lantikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434871478_MAHFUZOMAR.jpg)
Mahfuz akan jawab bila terima surat lantikan
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan memberi jawapan sama ada menerima atau menolak lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.