KOTA BHARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu mengemukakan laporan sekiranya dakwaan beliau berkait dengan campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini adalah benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, laporan itu penting bagi membolehkan proses siasatan berjalan mengikut undang-undang sedia ada.
"Jika dakwaan itu betul, pertama dia perlu ikut saluran dengan membuat laporan, daripada laporan itu orang akan ambil tindakan... biarlah proses undang-undang tersebut ambil jalannya yang tersendiri," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas pendedahan yang dibuat oleh Abdul Hamid di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, bukan itu sahaja penjawat awam juga diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tafsiran peruntukan perlembagaan mengikut emosi dan perasaan tidak puas hati.
"Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 140 jelas mengatakan untuk polis, dia ada satu Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang akan mengendalikan urusan kenaikan pangkat, tatatertib, kebajikan dan lain terhadap seluruh anggota badan berkenaan.
"Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan SPP mesti dipengerusikan oleh menteri yang bertanggungjawab dalam polis dan dalam konteks ini Menteri Dalam Negeri, jadi jangan ada mana-mana pihak yang mempersoalkan perkara itu.
"Ini peruntukan Perlembagaan, jelas mengatakan SPP mesti dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, kalau kata dia (menteri) tidak layak, kena pinda perlembagaan dululah," katanya.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut berkata, jika wujud isu atau masalah dalam pentadbiran bagi satu-satu jabatan, pegawai tidak boleh mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada media.
Beliau berkata, perkara itu sepatutnya didedahkan dalam mesyuarat sahaja kerana tindakan itu bercanggah dengan peraturan.
Menurutnya, dari segi undang-undang tindakan itu disifatkan sebagai 'tindakan membelakangkan atau mencela' pihak kerajaan atau pembuat polisi.
"Penjawat awam boleh memberikan pandangan tetapi mestilah mengikut peraturan dan saluran yang betul," katanya lagi.
Astro Awani
Sun May 02 2021

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, laporan itu penting bagi membolehkan proses siasatan berjalan mengikut undang-undang sedia ada. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.

Lima individu ditahan termasuk CEO stesen TV, polis beku aset lebih RM17 juta
Polis mengesahkan telah menahan lima individu kerana disyaki menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram.