Sembilan lelaki termasuk seorang guru sekolah rendah yang disyaki terbabit dengan kegiatan militan Daish ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 15 Mac hingga Selasa lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka terdiri daripada warga tempatan berumur antara 24 dan 46 tahun ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor.
Suspek pertama yang ditahan pada 15 Mac lepas ialah seorang juruteknik Puspakom Sdn Bhd, berusia 27 tahun di Klang.
"Suspek merupakan salah seorang anggota sel kumpulan Telegram 'Gagak Hitam' (Sel Kumpulan pengganas Daish yang terlibat dalam insiden letupan di Kelab Movida, Puchong).
Suspek mengaku terlibat dalam penyaluran dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi bagi kegunaan Daish di Syria," katanya dalam kenyataan di sini.
Khalid berkata susulan daripada operasi itu polis menahan dua lelaki, masing-masing berumur 37 dan 39 tahun pada 16 Mac lepas di Kulim, Kedah dan di Ipoh, Perak.
Menurutnya, seorang suspek itu bekerja sebagai guru sekolah rendah dan seorang lagi sebagai pengawal keselamatan.
"Suspek yang bekerja sebagai guru itu mengaku menyebarkan ideologi salafi jihadi kumpulan Daish melalui Facebook bagi merekrut anggota menyertai Daish," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai telah merancang untuk menyusup keluar dari Malaysia bagi mebolehkannya menyertai kumpulan militan Daesh di Syria atau di Selatan Filipina.
Sementara itu, dua lagi suspek ditahan pasa 17 Mac lepas ditahan di Perak masing-masing berumur 31 dan 28 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan dan seorang lagi pemilik kedai veterinar.
"Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan telah merancang untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Tapah, Perak dan telah menghubungi dengan anggota Daesh di Indonesia bagi mendapatkan bahan-bahan letupan yang akan digunakan dalam serangan itu.
"Suspek juga mempunyai hubungan dengan bekas anggota Daesh di Poso, Indonesia dan aktif merekrut rakyat Malaysia," katanya.
Khalid berkata tangkapan seterusnya membabitkan seorang mekanik berumur 32 tahun di Kuala Krai, Kelantan pada 20 Mac.
"Suspek disyaki menyalurkan dana untuk kumpulan Daesh di Syria dan mempunyai hubungan dengan seorang anggota Daesh di negara ini yang kini telah berada di Syria," katanya.
Menurutnya tangkapan terakhir pada Selasa lepas membabitkan tiga lelaki, masing-masing di Kota Bharu, Kelantan; Segamat dan Kota Tinggi, Johor.
Khalid berkata suspek di Kelantan yang berusia 46 tahun itu disyaki terlibat dalam aktiviti merekrut anggota Daesh manakala suspek yang ditahan di Segamat berumur 20 tahun dan bekerja di sebuah kafe siber.
Manakala suspek ketiga yang ditahan di Kota Tinggi berusia 20 tahun bekerja di sebuah resort.
"Individu kedua dan ketiga disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh di Malaysia," katanya.
Khalid berkata kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan jenayah di bawah Bab VIA - kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Bernama
Fri Mar 24 2017
Kesemua mereka terdiri daripada warga tempatan berumur antara 24 dan 46 tahun ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor. -Gambar PDRM
Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.
Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina
Empat maut di Wilayah Ilocos, kebanyakannya akibat lemas, manakala seorang lagi maut akibat terkena renjatan elektrik di Lembah Cagayan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
Suri rumah maut kereta terbabas elak bangkai lembu
Seorang suri rumah maut manakala suami dan anak perempuannya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Gua Musang.
Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
[TERKINI] Empat kerja digazetkan kawasan larangan merokok mulai 1 Januarai
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.larangan merokok, kementerian kesihatan,
AWANI Ringkas: GISB: Sembilan lagi dilanjut reman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peralihan lesen: Selesaikan saman tertunggak terlebih dahulu - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan mentertai program khas peralihan lesen memandu Malaysia kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia
Letupan berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB)
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.