Masalah jangkitan kuman yang melanda masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koh di sini telah dimaklumkan kepada banyak pihak sejak awal bulan lepas.
Namun, menurut guru agama Islam Orang Asli, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Mohd Fazdzli Mahmok, tiada tindakan diambil sehinggalah keadaan menjadi semakin serius, lapor Bernama.
"Mungkin jika perkara itu diambil tindakan awal keadaan akan menjadi lebih terkawal dan tidak seramai itu yang menjadi mangsa kerana kampung ini jauh dari bandar," kata Mohd Fazdzli.
Beliau berkata penduduk Orang Asli yang dijangkiti kuman itu mula dibawa keluar seminggu lalu selepas keadaan semakin kritikal, tetapi ramai yang diberikan rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan musibah yang melanda masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koh.
Presiden Pertubuhan Suara Anak Kelantan Darul Naim (Suara Kelantan) Che Isham Sharudin Che Hamat berkata isu itu membabitkan nyawa dan keselamatan masyarakat Orang Asli berkenaan dan langkah segera perlu diambil bagi menanganinya untuk mengelakkan keadaan lebih buruk.
"Kita semua bersimpati dengan musibah yang menimpa masyarakat Orang Asli di sana dan kita tidak mahu perkara yang dialami itu memberi ruang kepada mana-mana pihak menuding jari menyalahkan antara satu sama lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Che Isham berkata dalam situasi ini tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat menerusi jabatan yang berkeaan.
Astro Awani
Sun Jun 09 2019
!['Dah lapor sejak awal Mei, tapi tiada tindakan' - Jangkitan kuman belenggu Orang Asli 'Dah lapor sejak awal Mei, tapi tiada tindakan' - Jangkitan kuman belenggu Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81559951360_OrangAsli.jpg)
Masalah jangkitan kuman yang melanda masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koh didakwa telah dimaklumkan kepada banyak pihak sejak awal bulan lepas. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Anak dan sembelit: Bagaimana ibu bapa boleh atasi masalah sembelit kanak-kanak Anak dan sembelit: Bagaimana ibu bapa boleh atasi masalah sembelit kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686829599_ToiletPaper.jpg)
Anak dan sembelit: Bagaimana ibu bapa boleh atasi masalah sembelit kanak-kanak
Masalah sembelit atau Functional constipation (FC) merujuk kepada kesulitan untuk membuang najis, merupakan satu daripada gangguan gastrointestinal yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.
![Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703402828_maskgeneric.jpg)
Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai
Individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak.
![Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461803_WestNileVirus.jpg)
Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat
Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.
![Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000 Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718702873_TBstreptococcus.jpg)
Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000
STSS, juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah penyakit yang bermula secara tiba-tiba yang disebabkan Streptokokus Kumpulan A.
![Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673334420_DeraBayi.jpg)
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.
![Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703321425_TBDZULKEFLYAHMAD.jpg)
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
![Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709179535_KingHaraldNorway.jpg)
Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.
![Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695811032_anjing.jpg)
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
![Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705400522_MataMerah.jpg)
Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah
Wabak itu menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak.
![Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705308088_DzulkeflyAhmad.jpg)
Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri
123,133 kes denggi telah dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3 peratus.