KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2023 (DPT BLN11/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 18 Jan depan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN11/2023 mengandungi 39,137 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Beliau berkata daftar pemilih itu juga mengandungi 4,477 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 564 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
"SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN11/2023 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.
"Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin berkata warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2023, dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, diminta menyemak nama mereka dalam DPT BLN11/2023.
Beliau berkata sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN11/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
"Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," kata beliau.
Ikmalrudin berkata Borang C dan D itu juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan serta membayar fi bantahan pada waktu pejabat, pada hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN11/2023.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN11/2023 itu, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-8892 7218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Ikmalrudin berkata daftar pemilih itu juga mengandungi 4,477 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 564 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi. - Gambar fail/Bernama
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Daftar Pemilih Tambahan November 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2023 (DPT BLN11/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 18 Jan depan.