KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2022 (DPT BLN11/2022) yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 4 Feb.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN11/2022 mengandungi 41,647 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov tahun lepas, yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Beliau berkata ia turut melibatkan 23,557 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,174 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
Menurutnya SPR menyediakan lima kaedah untuk semakan berkenaan iaitu menerusi portal SPR di https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
Selain itu, katanya semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak dan Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.
"SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, agar menyemak nama mereka dalam DPT BLN11/2022.
"Sekiranya mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN11/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya.
Ikmalrudin berkata pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi borang D dan hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri.
Menurutnya borang C dan borang D boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat di hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN11/2022.
Orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN11/2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2022 (DPT BLN11/2022) yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 4 Feb. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Daftar Pemilih Tambahan November 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2022 (DPT BLN11/2022) yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 4 Feb.