PUTRAJAYA: Daerah Petaling di Selangor mencatatkan bilangan penduduk tertinggi pada 2023 dengan 2.3 juta orang, demikian menurut Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pertadbiran 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Daerah lain yang mencatatkan bilangan penduduk tertinggi ialah Johor Bahru, Johor dengan 1.8 juta dan Ulu Langat, Selangor 1.5 juta, kata DOSM dalam satu kenyataan pada Selasa.
"Daerah Petaling juga mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dengan 4,783 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti oleh Timur Laut, Pulau Pinang (4,710 orang) dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (1,845 orang)," katanya.
Menurut kenyataan itu, terdapat lapan daerah dikategorikan daerah menua kerana mempunyai lebih tujuh peratus penduduk berumur 65 tahun dan lebih pada tahun ini.
Daerah itu ialah Johor Bahru di Johor, Kota Bharu dan Kuala Krai di Kelantan, Seberang Perai Utara dan Barat Daya (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), Miri (Sarawak) dan Ulu Selangor (Selangor).
Lubok Antu di Sarawak mempunyai penduduk tua tertinggi dengan 14.4 peratus, diikuti Sri Aman (12.8 peratus) dan Song (11.9 peratus), yang masing-masing terletak di Sarawak.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan tiga kategori penuaan iaitu masyarakat menua, komuniti berusia dan masyarakat paling tua, masing-masing merujuk kepada penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencecah tujuh peratus, 14 peratus dan 20 peratus.
Berdasarkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) pula, penuaan ialah apabila penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.
Menurut DOSM, Kalabakan, Sabah mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi pada 13.4 peratus, diikuti Semporna, Sabah (11.7 peratus ) dan Kunak, Sabah (11.5 peratus).
Bukit Mabong, Sarawak pula merekodkan jumlah penduduk terendah dengan 10,400, diikuti oleh Song (10,000) dan Tanjung Manis (7,900) yang juga di Sarawak.
Tiga daerah di Sarawak mencatatkan bilangan penduduk warganegara tertinggi pada 2023 iaitu Julau (99.9 peratus), diikuti oleh Song (99.7 peratus) dan Pakan (99.7 peratus) manakala Sabah pula mempunyai peratusan penduduk bukan warganegara terbesar iaitu di Kinabatangan (70.6 peratus), Kalabakan (66.5 peratus) dan Kunak (53.2 peratus).
Perempuan melebihi lelaki terdapat di 13 daerah iaitu Muallim, Perak dengan nisbah jantina 92 lelaki bagi setiap 100 perempuan, Samarahan, Sarawak (94); Bachok, Kelantan (94); Song (95); Saratok, Sarawak (97), Kubang Pasu, Kedah (97), Julau, Sarawak (98), Tumpat (98); Pasir Puteh, Kelantan (98); Kuala Nerus, Terengganu (99), Kanowit, Sarawak (99), Machang, Kelantan (99) dan Kota Setar, Kedah (99).
Daerah Setiu di Terengganu mempunyai komposisi bumiputera tertinggi dengan 99.7 peratus diikuti Nabawan, Sabah (99.6 peratus) dan Hulu Terengganu, Terengganu (99.4 peratus), manakala, komposisi Cina tertinggi direkodkan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan 63.9 peratus, Kampar, Perak (48.3 peratus) dan Sibu, Sarawak (48.2 peratus).
Bagi etnik India pula, komposisi tertinggi dicatatkan di Bagan Datuk, Perak, diikuti oleh Klang, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan dengan masing-masing 23.2 peratus, 18.8 peratus dan 18.4 peratus.
Komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) tertinggi dicatatkan di tiga daerah di Kelantan iaitu Kecil Lojing (35.3 peratus) diikuti Gua Musang (34.7 peratus) dan Tumpat (33 peratus).
Sementara itu, daerah Sebauh di Sarawak mencatatkan peratusan penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) tertinggi dengan 80.2 peratus, diikuti Kinabatangan, Sabah (78.6 peratus) dan Belaga, Sarawak (78.3 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
![Daerah Petaling catat penduduk tertinggi, berkepadatan tinggi - DOSM Daerah Petaling catat penduduk tertinggi, berkepadatan tinggi - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679304564_PetalingJaya.jpg)
Daerah Petaling di Selangor mencatatkan bilangan penduduk tertinggi pada 2023 dengan 2.3 juta orang. - Gambar hiasan/Astro AWANI
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Daerah Petaling catat penduduk tertinggi, berkepadatan tinggi - DOSM Daerah Petaling catat penduduk tertinggi, berkepadatan tinggi - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679304564_PetalingJaya.jpg)
Daerah Petaling catat penduduk tertinggi, berkepadatan tinggi - DOSM
Daerah Petaling mencatatkan bilangan penduduk 2.3 juta orang dan kepadatan penduduk 4,783 orang setiap kilometer persegi.
![COVID-19: Semua sekolah dalam zon merah di daerah Petaling diarah tutup bermula esok COVID-19: Semua sekolah dalam zon merah di daerah Petaling diarah tutup bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602416549_TBStartSekolah.jpg)
COVID-19: Semua sekolah dalam zon merah di daerah Petaling diarah tutup bermula esok
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan, sekolah yang terlibat termasuk sekolah swasta.