PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Nigeria terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan terhadapnya bagi dua pertuduhan mengedar dadah jenis kokain dan kanabis seberat 1.26 kilogram, enam tahun lepas.
Hukuman Ngonadi Chibuzor Innocent, 44, diganti dengan penjara 12 tahun serta 20 sebatan dan bekas pekerja restoran itu diarah menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap iaitu 12 Sept 2017.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas peguam Afifuddin Ahmad Hafifi memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi Ngonadi Chibuzor bagi mengetepikan hukuman gantung dengan meminda pertuduhan daripada mengedar kepada memiliki dadah.
"Setelah mempertimbang mitigasi perayu, mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap perayu," katanya yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Supang Lian dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berasingan di Gombak pada 11 pagi dan 11.20 pagi 12 Sept 2017 mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali.
Pada 13 Nov 2019, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Ngonadi Chibuzor selepas dia didapati bersalah mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Hukuman Ngonadi Chibuzor Innocent, 44, diganti dengan penjara 12 tahun serta 20 sebatan dan bekas pekerja restoran itu diarah menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap iaitu 12 Sept 2017. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Maut jatuh tingkat 16 ketika cuba lari serbuan polis
Serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang dilakukan pada jam 6 petang susulan maklumat aktiviti pengedaran dadah.

Dadah: Terlepas hukuman gantung, lelaki nigeria dipenjara 12 tahun dengan 20 sebatan
Seorang lelaki warga Nigeria terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan terhadapnya bagi dua pertuduhan mengedar dadah jenis kokain dan kanabis seberat 1.26

Mayat warga Nigeria ditemui dalam bilik
Mangsa yang merupakan bekas penuntut UPM itu dipercayai telah meninggal dunia sekurang-kurangnya sejak empat hari lalu.