PUTRAJAYA: Seorang ketua jurumasak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar kanabis.
Noel Harry Hungan, 34, bagaimanapun perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan pada 10 Mei 2016 dan dikenakan 10 sebatan selepas Mahkamah Rayuan menggantikan pertuduhan pertama daripada mengedar 2,811 gram kanabis kepada pertuduhan memiliki.
Warga Sabah itu yang bekerja di sebuah restoran makanan barat, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan kedua iaitu mengedar 3,768 kanabis.
Keputusan itu disampaikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk P. Ravinthran dan Datuk Abu Bakar Jais yang membenarkan rayuan Noel Harry untuk mengetepikan sabitan atas mengedar dadah dan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhi Mahkamah Tinggi.
Noel didakwa mengedar kanabis itu masing-masing pada 10 dan 11 Mei 2016 di Pejabat Pos Kota Kinabalu dan kawasan Kargo AirAsia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 29 Mac 2018 mensabitkan Noel atas dua kesalahan mengedar kanabis dan dikenakan penjara seumur hidup serta 15 sebatan bagi setiap pertuduhan menyebabkan dia mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Di bawah pindaan Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berkuat kuasa pada 15 Mac 2018, individu yang didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah hendaklah dihukum mati atau penjara seumur hidup dan boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 15 sebatan jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati.
Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara itu. Ia memohon supaya hukuman mati dikenakan terhadap Noel.
Noel diwakili peguam Datuk Seri K. Rakhbir Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya, Eyu Ghim Siang mewakili pihak pendakwaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Noel Harry Hungan perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan dan 10 sebatan selepas Mahkamah Rayuan menggantikan pertuduhan pertama daripada mengedar 2,811 gram kanabis kepada pertuduhan memiliki.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Dadah: Ketua jurumasak terlepas hukuman penjara seumur hidup, dipenjara 15 tahun
Noel Harry Hungan berjaya mengetepikan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar kanabis.