Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab berkata rampasan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Rampasan dan siasatan dijalankan oleh JKDM, oleh itu kami hanya mengesahkan ada satu laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor dibuat berhubung rampasan ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Difahamkan menerusi serbuan itu, JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan.
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 23,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain dengan berat dianggarkan mencecah 3,230kg.
Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM676 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 19 2019

JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan. - Foto PDRM/JKDM
AWANI Tonight: Ismail Sabri returns to MACC HQ for full day of questioning
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob returned to the MACC headquarters today, to continue his questioning over a corruption case linked to the former prime minister.
Consider This: Rice in Crisis — Band-Aid Solutions Won’t Fix a Broken System
For the past couple of years, Malaysians have struggled with a shortage of local white rice. This is despite the Government’s ongoing interventions, its promises to crack down on rice-mixing, and its plans to distribute 24 million bags of rice at RM26 each. But are these just short-term fixes to a broken supply system? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Datuk Dr Ameer Ali Mydin, Managing Director of the hypermarket & emporium chain Mydin, and Syed Zikiri Syed Hassan Shahabudin, Head of the Malay Consultative Council’s Food Security Cluster.
AWANI Tonight: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed - Putin
Russian President Vladimir Putin says his country supports a US proposal for a ceasefire in Ukraine in principle but says any truce must address the root causes of the conflict.

Pekerja binaan maut jatuh bumbung
Seorang pekerja binaan maut selepas terjatuh daripada ketinggian 12 meter ketika membaiki bumbung di sebuah kilang pembuatan di Perai di sini semalam.

Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu
Seorang pengarah urusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan resit Jabatan Imigresen Malaysia palsu, dua tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pemaparan harga untuk maklumat pengguna
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPDN P. Pinang bongkar sindiket seleweng minyak masak bersubsidi, rampas RM129,869
KPDN Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi selepas menyerbu sebuah stor haram di Seberang Perai Selatan dekat sini semalam.

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat

Dadah bernilai RM676 juta dirampas di Puncak Alam
Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.