KUALA LUMPUR: Sebanyak 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2019 hingga kini dalam usaha membanteras aktiviti penggunaan dan pengedaran dadah di premis terbabit.
Menerusi serbuan itu, seramai 2,148 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan penggunaan dan pengedaran dadah manakala sebanyak 6.1 kilogram pelbagai jenis dadah dirampas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sejak Januari lepas hingga kini, polis telah menyerbu 55 pusat hiburan dan menahan 160 orang selain merampas lebih lima kilogram dadah.
"Operasi turut melibatkan keseluruhan pengeluaran kompaun lebih RM1 juta di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Sepanjang tempoh operasi dilakukan, sebanyak 15 premis hiburan yang terlibat dengan kegiatan dadah telah ditutup," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Mengulas dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengenai 15 pusat hiburan di ibu kota yang dikesan melakukan kesalahan berkaitan dadah didalangi pemilik premis dan sindiket dadah, beliau berkata polis mengalu-alukan maklumat daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.
"Saya ada dimaklumkan oleh pegawai mengenai kenyataan itu namun masih belum menerima sebarang maklumat rasmi. Sekiranya terima maklumat, siasatan dan tindakan sewajarnya akan diambil," katanya.
Musa yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dilaporkan akan menyerahkan senarai 15 pusat hiburan itu kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
![Dadah: 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2009 Dadah: 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2009](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621848661_KetuaPolis.jpg)
Azmi berkata sejak Januari lepas hingga kini, polis telah menyerbu 55 pusat hiburan dan menahan 160 orang selain merampas lebih lima kilogram dadah. -Gambar fail/Bernama
![Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739397079_ArifHavas.jpg)
Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.
![Dasar agresif Trump dibentuk oleh naratif kemerosotan penguasaan AS Dasar agresif Trump dibentuk oleh naratif kemerosotan penguasaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
Dasar agresif Trump dibentuk oleh naratif kemerosotan penguasaan AS
Johan berkata, idea yang menjadi teras kepada kempen 'Make America Great Again' Trump menunjukkan Amerika telah hilang penguasaan globalnya.
![Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739396360_KuikChengChwee.jpg)
Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS
Profesor Dr Kuik Cheng Chwee berkata dasar tidak memihak yang pasif tidak akan berkesan di bawah pentadbiran Trump.
![AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024 AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733218742_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739182022_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.
![Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738245914_AzryAkmarAyob.jpg)
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
![Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738210473_tbJalanKlangLama.jpg)
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
![Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727937490_MohamadLazimIsmail.jpg)
Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.
![Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735307324_TBIMIGRESEN.jpg)
Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.
![Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734225955_Pusathiburan.jpg)
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
![Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732269577_KetuaPolisNegara.jpg)
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
![60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah 60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714382127_DatukKhawKokChin.jpg)
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
![Polis tahan tiga individu edar jus minuman campuran dadah Polis tahan tiga individu edar jus minuman campuran dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731487946_Jusdadah.jpg)
Polis tahan tiga individu edar jus minuman campuran dadah
Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran jus minuman campuran pelbagai jenis dadah di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan di sini 7 Nov lepas.
![Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729852402_KetuaPolisSelangor.jpg)
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.