Suami kepada pasangan yang memindahkan dan mengeluarkan wang daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan sebatan rotan sebanyak tiga kali.
Menurut laporan The Star Online, Hakim Norsharidah Awang tidak menjatuhkan hukuman kepada isteri Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, kerana isterinya tidak hadir ke mahkamah.
Nur Shila Kanan dilaporkan mengalami cirit-birit dan telah memberikan surat cuti sakit dari Hospital Kuala Lumpur kepada mahkamah.
Walaubagaimanapun, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawai bank itu.
Pada 20 Ogos tahun lepas, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan perbicaraan bermula pada 16 April lalu dengan memanggil empat saksi pendakwaan.
Bagaimanapun, pasangan itu menukar pengakuan bersalah pada 28 April lepas dan mahkamah telah membacakan pertuduhan semula dan mensabitkan kesalahan tersebut terhadap mereka.
Nur Shila didakwa memindahkan wang milik rakyat Malaysia, menggunakan dokumen palsu sebagai tulen dan menipu penyelia bank serta mencuri wang tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bank HSBC tempat dia (Nur Shila) bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lepas.
Sementara itu, suaminya menghadapi pertuduhan menggunakan kad debit dan kad TM untuk mengeluarkan wang mangsa di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi, 15 Mei dan 29 Jun, 2014 pada 11.28 malam.
Astro Awani
Wed May 20 2015
Suami pasangan yang memindahkan dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan sebatan rotan sebanyak tiga kali.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Curi wang mangsa MH370: Suami dipenjara 4 tahun, sebat 3 kali, waran tangkap untuk isteri
Suami pasangan yang memindahkan dan mengeluarkan wang dari akaun milik empat mangsa pesawat MH370, telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan sebatan tiga kali.
Pegawai bank, suami didakwa keluar wang lebih RM85,000 milik mangsa MH370
Seorang pegawai bank HSBC dan suaminya didakwa mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa MH370.