KUANTAN: Polis giat mengesan lima lelaki warga tempatan termasuk seorang yang dipercayai dalang utama dalam kes kecurian cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di Genting Highlands pada 28 Okt lepas, yang dipercayai kecurian cip terbesar di pusat peranginan itu.
Mereka ialah Lee Kien Keong, 44, dari Taman Medan Indah Sungai Lui, Raub yang dipercayai antara dalang utama; Sam Ting Gai, 42, dari Taman Sri Damak, Jerantut; Ho Kian Lim, 46, dari Kampung Baru Sempalit, Raub; Ho Kian Yew, 51, dari Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru dan Chung Chee Lui, 39, dari Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya juga telah menahan 10 suspek termasuk seorang warga China yang berusia antara 30 hingga 59 tahun pada serbuan di Genting Highlands dan Raub di Pahang, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan antara 29 Okt hingga 1 Nov lepas.
Mengulas mengenai kejadian, Yahaya berkata kecurian 1,160 cip yang disimpan di sebuah bilik kasino khas disedari pada 10 pagi 28 Okt lepas oleh pengurusan kasino dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki memecah masuk bilik itu pada 7 pagi hari sama, selepas mengumpil pintu belakang yang digunakan sebagai laluan kecemasan.
"Bilik kasino khas itu difahamkan telah dua hari tidak digunakan dan seorang daripada suspek yang ditahan pernah bekerja di kasino tersebut manakala suspek lain yang bekerja sendiri, dipercayai pengunjung tetap dan biasa dengan persekitaran kasino berkenaan.
"Selepas mencuri cip bernilai antara 500 dan 10,000, ada antara suspek menunaikan cip itu dalam tempoh 48 jam selepas kejadian dan menggunakan wang tersebut untuk berjudi selain ada yang membayar hutang judi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Yahaya berkata setakat ini, polis berjaya merampas 428 cip bernilai RM2.997 juta iaitu 149 keping daripada suspek manakala 279 keping dari kasino kerana telah ditunaikan yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta manakala usaha bagi mengesan baki 732 cip sedang dilakukan.
Selain itu, polis juga merampas wang tunai RM16,438 daripada suspek dan seutas rantai emas yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang telah ditunaikan, selain turut menemukan dua kad keahlian Genting Highlands.
Yahaya berkata ada dalam kalangan suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, jika sabit kesalahan.
Polis juga meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk menghubungi pegawai penyiasat di 09-2222222 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Yahaya (tengah) menunjukkan sebahagian cip yang dirampas susulan penahanan 10 suspek antara 29 Oktober hingga 1 November lalu. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Curi cip kasino RM4.6 juta: Polis kesan lima lagi suspek, 10 telah ditahan
Polis Pahang menahan 10 suspek termasuk seorang warga China yang berusia antara 30 dan 59 tahun dalam beberapa serbuan.