Misteri kehilangan dua biji batu delima yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta yang diletakkan di dalam sebuah peti besi di sebuah maahad tahfiz akhirnya terungkai selepas polis menahan lima remaja lelaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, seorang pelajar ditahan di sekolah terbabit manakala dua lagi di luar kawasan sekolah.
Remaja keempat dikenal pasti sebagai bekas pelajar maahad tahfiz sama, sementara seorang lagi ahli kumpulan berkenaan adalah rakan mereka.
Kejadian pada 19 Mei itu disedari warden asrama apabila ternampak bilik pejabat dalam maahad itu telah dipecah masuk.
Sebaik melakukan pemeriksaan didapati peti besi seberat 200 kilogram itu telah tiada di dalam bilik berkenaan.
Siasatan dalaman yang dilakukan pihak pengurusan warden mendapati kejadian berlaku lebih kurang jam 2 pagi, dan pelajar terlibat dipercayai telah membuka pintu pejabat dan membawa keluar peti besi itu.
Hasil siasatan ke atas pelajar berkenaan, empat individu telah ditahan sementara peti besi itu, yang telah dibuang ke dalam sungai jarak kira-kira 500 meter dari maahad tersebut, telah ditemui semula.
Setelah peti besi itu dibawa naik, polis mendapati terdapat kesan pintu peti besi telah diumpil dan barang dalam peti itu telah tiada.
Peti besi terbabit menyimpan batu permata seperti zamrud, delima, arked, kain miswah Kaabah, keris kecil dan wang syiling, yang merupakan harta peninggalan pengasas maahad tahfiz berkenaan.
Kelima-lima remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun termasuk tiga pelajar maahad tahfiz itu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu May 23 2019
![Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558599563_curi.jpg)
Kelima-lima remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun termasuk tiga pelajar maahad tahfiz itu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. - Astro AWANI
![Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723541351_wargaemasmautdit.jpg)
Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara
Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di Kepala Batas.
![Lelaki autistik didakwa sengaja jatuhkan basikal, hampir cetus kemalangan Lelaki autistik didakwa sengaja jatuhkan basikal, hampir cetus kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723540754_TBkemalangan.jpg)
Lelaki autistik didakwa sengaja jatuhkan basikal, hampir cetus kemalangan
Seorang penunggang basikal yang juga pesakit autisme didakwa sengaja menjatuhkan basikal sehingga hampir mencetuskan kemalangan jalan raya.
![Lelaki didakwa edar lebih 111kg kanabis Lelaki didakwa edar lebih 111kg kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723539589_TBDadah.jpg)
Lelaki didakwa edar lebih 111kg kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih 111 kilogram (kg) dadah jenis.
![Jenazah Cikgu Istiqomah belum boleh dituntut - Polis Jenazah Cikgu Istiqomah belum boleh dituntut - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723539127_TBAshariAbuSamah.jpg)
Jenazah Cikgu Istiqomah belum boleh dituntut - Polis
Jenazah guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi yang dipercayai dibunuh dan dikerat oleh kenalan lelaki masih belum boleh dituntut anggota keluarga.
![Treler terbabas, terbakar berhampiran Plaza Tol Duta Treler terbabas, terbakar berhampiran Plaza Tol Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723538387_TBeksiden.jpg)
Treler terbabas, terbakar berhampiran Plaza Tol Duta
Pemandu treler mengalami kecederaan di tangan dan kepala, dan diberikan rawatan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.
Kepulangan Azizulhasni dan Shah Firdaus
Skuad basikal trek negara akan tiba di Malaysia petang ini.
Mereka dijadualkan tiba kira-kira jam 6.45 petang di Terminal 1 KLIA.
Mereka dijadualkan tiba kira-kira jam 6.45 petang di Terminal 1 KLIA.
![PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BN - Ahmad Zahid PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BN - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723533513_TBZahidHamidi.jpg)
PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BN - Ahmad Zahid
Calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Mahkota adalah daripada Barisan Nasional (BN).
![Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019 Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019
Seorang guru besar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung Bayaran Bantuan Awal Persekolahan.
Kadar kelahiran, kematian menurun: Malaysia di ambang negara tua
Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus bersamaan 100,732 kelahiran pada suku kedua tahun ini. Sekiranya perkara ini berterusan, Malaysia akan menjadi negara tua yang mempunyai rakyat warga emas yang ramai.
![Individu disyaki terlibat kes samun mengaku tidak bersalah pertuduhan khianat Individu disyaki terlibat kes samun mengaku tidak bersalah pertuduhan khianat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723532153_TBMahkamah.jpg)
Individu disyaki terlibat kes samun mengaku tidak bersalah pertuduhan khianat
Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes cubaan samun di sebuah stesen minyak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan lakukan perbuatan khianat.
![Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558599563_curi.jpg)
Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman
Pada 19 Mei lalu, kejadian itu disedari warden asrama apabila ternampak bilik pejabat dalam maahad itu telah dipecah masuk.