Menteri Wilayah dan Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan kenyataan yang dibuat timbalannya semalam berkenaan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau membetulkan kenyataan Datuk Dr J Loga Bala Mohan yang telah mengumumkan bahawa cadangan kenaikan cukai taksiran DBKL telah ditangguhkan bagi membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.
Menurutnya, kadar baharu cukai taksiran di Wilayah Persekutuan tetap akan dilaksanakan pada Januari depan memandangkan perkara itu telah termaktub di dalam akta malah lebih 20 tahun cukai berkenaan tidak dinaikkan.
Jelas Tengku Adnan, walaupun kadar baharu cukai taksiran dikuatkuasakan namun pemilik kediaman tidak perlu membayar cukai berkenaan sehingga sesi maklum balas orang ramai selesai pada Mac tahun hadapan.
Beliau mengumumkan perkara berkenaan ketika menggulung perbahasan peruntukan kementerian itu dalam perbahasan Belanjawan 2014 di parlimen minggu lepas dan memaklumkan tarikh sebenar pelaksanaan cukai tersebut masih belum ditetapkan.
“Kita boleh tangguh... tetapi bila kadar itu naik, ia tetap dinaikkan. Apa yang kami tangguhkan adalah pelaksanaannya kerana 17 Disember semua bantahan akan diperoleh dan DBKL akan mendengar bantahan itu sekurang-kurangnya tiga bulan," kata Tengku Adnan kepada pemberita.
Katanya, apa yang dilakukan adalah memperbetulkan nilai sebenar untuk rakyat dan berlaku adil kepada DBKL.
Bagaimanapun Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa, cadangan kenaikan cukai tersebut akan dikaji dengan sewajarnya sebelum ia dilaksanakan.
Menurutnya antara kaedah berkenaan termasuk mendengar pandangan orang awam termasuk menerima maklumat daripada agensi berkaitan.
Tengku Adnan berkata demikian dalam sidang media majlis perasmian pembukaan laluan bertingkat di Jalan Segambut di Kuala Lumpur pada Khamis.
Tengku Adnan dalam sesi penggulungan perbahasan di Dewan Rakyat pada 13 November, memberitahu bahawa DBKL akan menaikkan kadar cukai taksiran pintu mulai tahun depan bagi membolehkan badan itu menawarkan khidmat terbaik memandangkan sudah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan kadar kenaikan cukai tersebut jauh lebih rendah berbanding notis yang sudah diagihkan DBKL kepada penduduk demi mencapai situasi menang-menang.
Beliau memberi jaminan bahawa kadar baharu cukai pintu di sekitar ibu kota itu tidak akan dinaikkan secara mendadak serta menafikan dakwaan beberapa Anggota Parlimen pembangkang bahawa kadar baharu itu akan melonjak lebih 200 peratus berbanding kadar sekarang.
Baru-baru ini juga, Pakatan Rakyat melalui Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah melancarkan satu petisyen menentang cadangan DBKL meningkatkan cukai taksiran tersebut.
Izzah mendakwa DBKL akan mengeluarkan saman kepada warga kota yang enggan melunaskan cukai pintu mereka pada kadar baru iaitu sebanyak 6% bermula tahun hadapan.
Menurutnya lagi, kajian DBKL untuk menaikkan cukai pintu telah mengundang kemarahan warga kota apabila mereka tidak dimaklumkan bahawa DBKL ada perancangan menaikkan kadar cukai pintu.
Astro Awani
Thu Nov 28 2013


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kelantan tangguh kenaikan cukai pintu tahun 2021
Penangguhan itu melibatkan kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB BRI) meliputi Seksyen 1 sehingga Seksyen 28.

Pemaju hartanah rekod peningkatan tempahan kediaman 45 peratus semasa PKP
Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Lee Tian Hock berkata ia membabitkan nilai berjumlah RM703 juta berbanding RM400 juta pada bulan sebelum PKP.

Rakyat Terengganu tidak perlu bayar cukai pintu 2019 - MB
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua cukai tertunggak juga akan dihapuskan bagi mengurangkan beban rakyat.

Negeri Sembilan tidak naikkan cukai pintu bagi 2017
Tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2017 walaupun terdapat kenaikan nilai hartanah di beberapa kawasan tertentu di negeri berkenaan.

Sarawak cadang kurangkan kadar cukai pintu
Rancangan itu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat kepada pihak berkuasa tempatan di negeri ini.

Kadar baru cukai pintu Terengganu disifat membebankan
Kenaikan sehingga 200% itu antara faktor menyumbang kenaikan kos sara hidup rakyat negeri terbabit.

Cukai taksiran DBKL tetap dilaksanakan Januari depan - Tengku Adnan
Menteri Wilayah dan Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan kenyataan yang dibuat timbalannya semalam berkenaan kenaikan cukai taksiran DBKL.

PR lancar petisyen bantah kenaikan cukai pintu
Pakatan Rakyat telah telah melancarkan satu petisyen menentang cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meningkatkan cukai taksiran pintu.

Cukai pintu tidak akan naik secara mendadak - Tengku Adnan
Beliau menafikan dakwaan beberapa Anggota Parlimen pembangkang bahawa kadar baharu itu akan melonjak lebih 200 peratus berbanding kadar sekarang.