KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini membantah permohonan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memfailkan tuntutan balas terhadap LHDN yang menuntut agar beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.
Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus, yang mewakili LHDN, berkata pihaknya membantah permohonan itu atas alasan Aturan 73 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Subseksyen 42(2)(e)(i) Akta Prosiding Kerajaan 1956 menyatakan tuntutan balas tidak boleh difailkan terhadap kerajaan bagi tindakan pemungutan cukai.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain kemudian menetapkan 13 April untuk memutuskan perkara itu.
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Muhammad Shafee, ketika dihubungi mengesahkan tarikh itu.
Muhammad Shafee juga diwakili Datuk Seri Rajan Navaratnam manakala Peguam Kanan Hasil Norzilah Abdul Hamid dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause turut bertindak bagi LHDN.
Muhammad Shafee memfailkan permohonan itu pada Mei 2021 antaranya atas alasan tuntutan cukai tersebut merupakan serangan terhadap beliau sebagai mangsa politik atas kapasitinya selaku peguam Datuk Seri Najib Tun Razak dan dianggap sebagai peguam UMNO walaupun beliau bukan peguam parti berkenaan.
Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Muhammad Shafee diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan antaranya defendan gagal membayar keseluruhan tunggakan cukai pendapatan dan kenaikan cukai yang dikenakan ke atas beliau berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh yang ditetapkan.
LHDN, yang memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021, mendakwa sehingga kini, peguam tersebut masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan.
Muhammad Shafee merupakan peguam Najib dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada 28 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhammad Shafee daripada dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.
Bagaimanapun, pendakwaan pada 1 Nov 2022 telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
![Cukai pendapatan: LHDN bantah permohonan Shafee fail tuntutan balas Cukai pendapatan: LHDN bantah permohonan Shafee fail tuntutan balas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677157922_ShafeeAbdullah.jpg)
Muhammad Shafee memfailkan permohonan itu pada Mei 2021 antaranya atas alasan tuntutan cukai tersebut merupakan serangan terhadap beliau sebagai mangsa politik. - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
![Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046171_LimGuanEng.jpg)
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![Portal MyInvois LHDN kini boleh diakses Portal MyInvois LHDN kini boleh diakses](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
Portal MyInvois LHDN kini boleh diakses
Ketersediaan portal MyInvois itu membuktikan komitmen agensi berkenaan dalam memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
![LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718776983_AbuTariq.jpg)
LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti beberapa individu dan syarikat yang menjalankan perdagangan mata wang kripto dalam usaha mengurangkan ketirisan hasil cukai dan menambah baik pen
![Dasar cukai yang berkesan penting dalam memupuk pertumbuhan berterusan - Lim Hui Ying Dasar cukai yang berkesan penting dalam memupuk pertumbuhan berterusan - Lim Hui Ying](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Dasar cukai yang berkesan penting dalam memupuk pertumbuhan berterusan - Lim Hui Ying
Beliau berkata hasil cukai adalah penting untuk menyokong perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur dan program sosial, yang mana ia merupakan asas kepada kemakmuran negara.
![LHDN pastikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 direalisasikan LHDN pastikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 direalisasikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715149244_LHDNburuwargaasi.jpg)
LHDN pastikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 direalisasikan
LHDN akan memastikan hasrat kerajaan untuk memandatorikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 kepada semua peringkat pembayar cukai dapat direalisasikan.
![Pelaksanaan e-Invois untuk PMKS adalah 1 Julai 2025 - LHDN Pelaksanaan e-Invois untuk PMKS adalah 1 Julai 2025 - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715149244_LHDNburuwargaasi.jpg)
Pelaksanaan e-Invois untuk PMKS adalah 1 Julai 2025 - LHDN
Pelaksanaan e-Invois bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan bermula pada 1 Julai 2025 dan bukannya pada 1 Ogos ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
![Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
![TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715903759_tnb.jpg)
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
![LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697188183_LHDN.jpg)
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.