KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa majikan sektor kerajaan yang mempunyai kakitangan kontrak dan sementara untuk mendaftar dan membayar caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata semua jabatan, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa membayar caruman mulai tarikh kuat kuasa iaitu 1 Jun 2013, sekiranya masih belum berbuat demikian.
"Ingatan ini disuarakan oleh Cuepacs memandangkan terdapat sebuah jabatan kerajaan yang masih belum menjelaskan caruman kepada Perkeso bagi 2013 hingga 2020 dengan jumlah tunggakan caruman sebanyak RM32,151,063.80.
"Tunggakan dalam tempoh berkenaan perlu disegerakan pembayaran bagi mengelak kakitangan jabatan tersebut terjejas atau berisiko tidak menerima perlindungan keselamatan sosial khasnya di bawah Skim Keilatan kerana tidak memenuhi syarat caruman sepertimana yang dikehendaki di bawah Akta 4," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata adalah menjadi kewajipan majikan untuk memastikan setiap kakitangan kontrak dan sementara membuat caruman kepada Perkeso bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sewajarnya.
Perkeso telah meluaskan liputan perlindungan terhadap pekerja bertaraf kontrak dan sementara dan dikuatkuasakan terhadap semua jabatan dan agensi kerajaan mulai 1 Jun 2013 melalui Pemberitahuan Keselamatan Sosial Pekerja P.U (B) 239 dan 240.
Adnan berkata perluasan keselamatan sosial di bawah Skim Bencana Pekerjaan (SBK) dan Skim Keilatan (SK) itu bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada pekerja sektor awam dan setara dengan pekerja sektor swasta.
Beliau berkata kegagalan mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 94 Akta 4 serta Peraturan-peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Antara faedah di bawah SBK dan SK ialah Faedah Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal, Pencen Penakat, Pencen Ilat, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Perubatan, Rawatan Dialisis dan Faedah Pemulihan Jasmani atau Vokasional selain rawatan yang disediakan oleh Pusat Rehabilitasi Perkeso di bawah Program Return To Work.
"Justeru, Cuepacs berharap kerajaan tegas dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan dan kebajikan pekerja walaupun berstatus kontrak atau sementara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
![Cuepacs gesa jabatan, agensi kerajaan lunas caruman Perkeso pekerja kontrak dan sementara Cuepacs gesa jabatan, agensi kerajaan lunas caruman Perkeso pekerja kontrak dan sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645532926_AdnanMat.jpg)
Adnan berkata semua jabatan, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa membayar caruman mulai tarikh kuat kuasa iaitu 1 Jun 2013. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81525341811_Gaji.jpg)
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
![Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
![Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673945691_AdnanMat.jpg)
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
![Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659159289_TanSriMohdZukiAli.jpg)
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
![Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658403001_DatukAdnanMat.jpg)
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
![Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630828314_AdnanMat.jpg)
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
![Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633781400_AdnanMat.jpg)
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
![Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630828314_AdnanMat.jpg)
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
![Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629525939_AdnanMat.jpg)
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
![Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629112155_AdnanMat.jpg)
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.