Kastam Marin Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup lapan spesies haiwan eksotik terlarang berjumlah 80 ekor termasuk dua ekor anak orang utan setelah menahan sebuah tongkang dari Indonesia di perairan Malaysia antara Pulau Langkawi dan Kuala Perlis, awal pagi semalam.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam berkata tiga lelaki rakyat Indonesia termasuk kapten tongkang itu yang berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50 tahun ditahan pada kira-kira pukul 12.25 pagi (21 Sept).
Beliau berkata haiwan eksotik itu dipercayai diseludup dari Indonesia, masing-masing dua ekor anak orang utan, anak musang albino, burung cenderawasih, burung alba cockatoo, burung electus parrot, 21 ekor burung bayan nuri, seekor burung kuang betina dan 48 ekor anak buaya tembaga.
Selain itu juga terdapat 355 ekor tupai sugar glider, bukan daripada spesies terlarang.
"Kejayaan itu juga hasil Operasi Patroli Terkoordinasi Kastam Malaysia Indonesia (Patkor Kastima) dan Operasi Eagle yang membuat rondaan di perairan Malaysia/Thailand," kata Subromaniam dalam sidang media di pejabat Kastam Kuala Perlis di sini, hari ini.
Menurutnya, pasukan Marin yang memeriksa tongkang KM Mahligai dari Sumatera menemui 39 kotak mengandungi haiwan itu lalu menahan mereka beserta tongkang.
"Bagi kami (Kastam), haiwan ini sebenarnya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit lebih-lebih lagi yang belum cukup matang mempunyai nilai sangat tinggi," katanya dan menambah kes itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Perlis (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
Subromaniam berkata kedua-dua ekor anak orang utan berada dalam keadaan stres semasa ditemui mungkin kerana masa perjalanan tiga hari dua malam dari Sumatera.
Jabatan Kastam akan bekerjasama dengan Perhilitan menyiasat kes itu yang kemungkinan membabitkan sindiket, katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (Akta Kastam 1967 dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Mengenai kes keracunan arak yang mengorbankan 29 orang sehingga semalam, Subromaniam berkata pihaknya bekerjasama dengan polis melancarkan operasi membanteras penjualan arak haram di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018

Kedua-dua ekor anak orang utan berada dalam keadaan stres semasa ditemui. - Twitter: @bernamadotcom
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN

Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.

Minat haiwan eksotik, cetus idea Kakak Raptor buka 'petting zoo' bergerak
Mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatannya.

Sup kala jengking, ular menu kegemaran di Guangdong
Makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama.

Haiwan eksotik ambil kesempatan mengawan semasa zoo ditutup akibat COVID-19
Antara kelahiran baharu haiwan-haiwan itu adalah harimau bintang, harimau bengal, kuda belang, zirafah, antelop dan lembu.

Gagal seludup haiwan eksotik, 92 kura-kura dari Thailand
PGA Batalion 8 menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup masuk pelbagai haiwan eksotik bernilai RM61,800.

Import hidupan liar diharamkan di Sarawak - SFC
Langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman.

China nafi kewujudan pasar haiwan eksotik - Kementerian Luar
Jurucakap Kementerian Luar China membidas kenyataan pegawai AS, yang mendakwa China kini mengubal undang-undang menyeluruh berkenaan kegiatan haram seperti memburu, memperdagang, mengeksport haiwan li

Australia gesa pengharaman pasar jual haiwan liar
Kerajaan Australia telah meminta sokongan negara-negara G20 untuk bersatu dalam memastikan isu ini ditangani.

Pasar haiwan eksotik Wuhan dibuka semula?
Selepas tiga bulan penularan wabak COVID-19, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik.